Amaran tentang Berhala
10
Saudara-saudaraku, ingatlah akan peristiwa yang berlaku kepada nenek moyang kita yang mengikut Musa. Mereka semua dilindungi oleh tiang awan, dan mereka menyeberangi Laut Merah dengan selamat. + Untuk menjadi pengikut Musa, mereka dibaptis di dalam awan dan di dalam laut itu. Mereka semua makan makanan rohani yang sama, + dan minum minuman rohani yang sama. Mereka semua minum dari batu rohani yang menyertai mereka; batu itu Kristus sendiri. + Meskipun demikian, Allah tidak berkenan kepada kebanyakan daripada mereka. Itulah sebabnya mayat mereka berselerakan di padang gurun. +
Semua perkara itu menjadi contoh bagi kita untuk mengingatkan kita supaya tidak menginginkan perkara yang jahat, seperti yang dilakukan oleh mereka dahulu; + juga supaya kita tidak menyembah berhala seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Di dalam Alkitab tertulis, “Umat itu mula makan minum dan menari untuk menyembah berhala.” + Janganlah kita lakukan hal-hal cabul seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Dalam sehari dua puluh tiga ribu orang mati akibat perbuatan itu. + Janganlah kita cubai Tuhanq seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka, sehingga mereka mati dipatuk ular berbisa. + 10 Janganlah kita bersungut-sungut seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka, sehingga mereka dibunuh oleh Malaikat Maut. +
11 Semua perkara itu berlaku kepada mereka untuk menjadi contoh bagi orang lain. Semua itu ditulis untuk menjadi amaran bagi kita, kerana kita sekarang hidup pada akhir zaman.
12 Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri teguh, hendaklah berwaspada supaya tidak jatuh. 13 Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.
14 Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, jauhkanlah diri daripada penyembahan berhala. 15 Aku berkata-kata kepada kamu seperti kepada orang yang bijaksana. Pertimbangkanlah sendiri kata-kataku ini. 16 Semasa Perjamuan Tuhan, kita minum wain dengan mengucap syukur kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dengan Kristus dalam kematian-Nya. Semasa roti dibahagi-bahagikan untuk dimakan bersama-sama, hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dalam tubuh Kristus. + 17 Kita yang banyak ini satu tubuh, kerana hanya ada satu roti dan kita semua makan daripada roti yang satu itu juga.
18 Perhatikanlah orang Yahudi: Mereka yang makan makanan yang dipersembahkan di atas mazbah, sama-sama beribadat kepada Allah. + 19 Adakah aku memaksudkan bahawa berhala ataupun makanan yang dipersembahkan kepada berhala itu tidak mempunyai erti sama sekali? 20 Tidak! Apa yang dipersembahkan di atas mazbah berhala, tidak dipersembahkan kepada Allah melainkan kepada roh-roh jahat. Aku tidak mahu kamu menjadi satu dengan roh-roh jahat. + 21 Kamu tidak boleh minum daripada cawan Tuhan, lalu minum pula daripada cawan roh jahat. Kamu tidak boleh makan di meja Tuhan, kemudian makan pula di meja roh jahat. 22 Jika kita cuba melakukannya maka kita akan menyebabkan Tuhan cemburu, dan kita tahu bahawa Dia lebih kuat daripada kita. +
23 Orang berkata, “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu.” Betul, tetapi tidak semuanya berfaedah. “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu” - tetapi tidak semua perkara yang kita lakukan membina kehidupan kita. + 24 Janganlah seorang pun lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan orang lain.
25 Kamu boleh makan apa sahaja yang dijual di pasar daging. Janganlah bertanya apa-apa, supaya tidak mengganggu hati nurani kamu. 26 Hal itu demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Bumi ini dan segala isinya milik Tuhan.” +
27 Jika kamu dijemput makan oleh seorang yang bukan Kristian, dan kamu menerima jemputan itu, maka makanlah makanan yang dihidangkan. Janganlah bertanya apa-apa, supaya tidak mengganggu hati nurani kamu. 28 Tetapi jika seseorang berkata kepada kamu, “Makanan ini sudah dipersembahkan kepada berhala,” janganlah makan makanan itu, demi kebaikan orang itu dan demi hati nurani. ( 29 Maksudku bukan hati nurani kamu, tetapi hati nurani orang itu.)
Mungkin orang bertanya, “Mengapa kebebasanku harus dibatasi oleh hati nurani orang lain? 30 Jika aku bersyukur kepada Allah bagi makananku, mengapa orang harus mencela aku, padahal aku sudah bersyukur kepada Allah bagi makanan itu?”
31 Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah. 32 Jagalah tingkah laku kamu agar kamu tidak menyebabkan orang lain berdosa, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, ataupun jemaah Allah. 33 Ikutlah teladanku. Aku berusaha menyenangkan hati semua orang dalam segala sesuatu yang aku lakukan. Aku tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan orang lain, supaya mereka boleh diselamatkan.
+ 10:1 Kel 13.21-22, 14.22-29 + 10:3 Kel 16.35 + 10:4 Kel 17.6; Bil 20.11 + 10:5 Bil 14.29-30 + 10:6 Bil 11.4 + 10:7 Kel 32.6 + 10:8 Bil 25.1-18 q 10:9 Tuhan; Beberapa buah naskhah kuno: Kristus. + 10:9 Bil 21.5-6 + 10:10 Bil 16.41-49 + 10:16 Mat 26.26-28; Mrk 14.22-24; Luk 22.19-20 + 10:18 Im 7.6 + 10:20 Ul 32.17 + 10:22 Ul 32.21 + 10:23 1 Kor 6.12 + 10:26 Mzm 24.1