Sepuluh Hukum Allah
(Kel 20.1-17)
5
Musa mengumpulkan semua orang Israel lalu berkata kepada mereka, “Hai umat Israel, dengarlah semua hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Pelajarilah semua hukum ini dan taatilah semuanya dengan setia. TUHAN, Allah kita sudah membuat suatu perjanjian dengan kita di Gunung Sinai. Dia membuat perjanjian itu bukan sahaja dengan nenek moyang kita tetapi dengan kita juga, kita semua yang hidup hari ini. Di atas gunung itu, dari dalam api, TUHAN berfirman langsung dengan kamu. Pada masa itu aku menjadi pengantara bagi kamu dan TUHAN untuk menyampaikan firman-Nya kepada kamu, kerana kamu takut kepada api itu dan tidak mahu mendaki gunung.
TUHAN berfirman, ‘Akulah TUHAN, Allah kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba.
Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.
Jangan buat patung berhala bagi diri kamu, patung berhala yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud kepada berhala apa pun, atau memujanya, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat. + 10 Tetapi Aku menunjukkan kasih-Ku kepada beribu-ribu generasif orang yang mengasihi Aku, dan yang taat kepada hukum-Ku. +
11 Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat kerana Aku TUHAN, Allah kamu, menghukum sesiapa sahaja yang menyalahgunakan nama-Ku. +
12 Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci, seperti yang Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan. + 13 Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, 14 tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau orang asing yang tinggal di negeri kamu. Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu. + 15 Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.
16 Hormatilah bapa dan ibu kamu, sebagaimana Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan Aku beri kepada kamu. +
17 Jangan membunuh. +
18 Jangan berzina. +
19 Jangan mencuri. +
20 Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain. +
21 Jangan ingini kepunyaan orang lain: isterinya, rumahnya, tanahnya, abdinya, ternakannya, keldainya, atau apa-apa pun miliknya.’ +
22 Itulah hukum-hukum yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu semua apabila kamu berkumpul di gunung itu. Apabila Dia berfirman dengan suara yang kuat dari api dan awan yang tebal itu, Dia memberikan hukum-hukum itu sahaja. Kemudian Dia menuliskan hukum-hukum itu pada dua buah batu tulis, lalu memberinya kepadaku.”
Umat Israel Ketakutan
(Kel 20.18-21)
23 “Apabila seluruh gunung itu diliputi api, dan kamu mendengar suara dari kegelapan itu, para pemimpin suku dan penghulu masyarakat kamu datang kepadaku 24 dan berkata, ‘TUHAN, Allah kita menyatakan kebesaran dan kemuliaan-Nya ketika kami mendengar firman-Nya dari api itu. Pada hari ini kami telah melihat bahawa seseorang boleh tetap hidup walaupun Allah sudah berfirman kepadanya. 25 Tetapi mengapakah kami harus menyabung nyawa lagi? Api yang dahsyat itu akan membinasakan kami. Kami pasti mati jika kami mendengar TUHAN, Allah kita berfirman lagi. 26 Pernahkah manusia tetap hidup setelah mendengar Allah yang hidup berfirman dari api? 27 Berangkatlah, hai Musa, dan dengarlah segala yang difirmankan oleh TUHAN, Allah kita. Kemudian kembalilah dan beritahulah kami apa yang difirmankan-Nya kepadamu. Kami akan mendengar dan mentaatinya.’ +
28 Apabila TUHAN mendengar kata-kata kamu itu, Dia berfirman kepadaku, ‘Aku sudah mendengar apa yang dikatakan umat ini, dan kata-kata mereka itu benar. 29 Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya. 30 Pergilah dan suruhlah mereka pulang ke khemah masing-masing. 31 Tetapi engkau, Musa, harus tinggal di sini bersama dengan Aku. Aku akan memberi engkau segala hukum dan perintah-Ku. Ajarkanlah semuanya kepada umat itu supaya mereka mentaatinya di negeri yang akan Kuberikan kepada mereka.’
32 Hai umat Israel, pastikanlah bahawa kamu melakukan segala yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu. Jangan langgar satu pun hukum-Nya. 33 Patuhilah semua yang diperintahkan oleh TUHAN, Allah kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan kamu duduki.”
+ 5:9 Im 26.1; Ul 4.15-18, 27.15 f 5:10 beribu-ribu generasi atau beribu-ribu. + 5:10 Kel 34.6-7; Bil 14.18; Ul 7.9-10 + 5:11 Im 19.12 + 5:12 Kel 16.23-30, 31.12-14 + 5:14 Kel 23.12, 31.15, 34.21, 35.2; Im 23.3 + 5:16 Ul 27.16; Mat 15.4, 19.19; Mrk 7.10, 10.19; Luk 18.20; Ef 6.2, 3 + 5:17 Kej 9.6; Im 24.17; Mat 5.21, 19.18; Mrk 10.19; Luk 18.20; Rm 13.9; Yak 2.11 + 5:18 Im 20.10; Mat 5.27, 19.18; Mrk 10.19; Luk 18.20; Rm 13.9; Yak 2.11 + 5:19 Im 19.11; Mat 19.18; Mrk 10.19; Luk 18.20; Rm 13.9 + 5:20 Kel 23.1; Mat 19.18; Mrk 10.19; Luk 18.20 + 5:21 Rm 7.7, 13.9 + 5:27 Ibr 12.18-19