Hidup dalam Cahaya
5
Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya, kamu mesti berusaha mengikut teladan-Nya. Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah. +
Kerana kamu umat Allah, tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu, supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mengumpat kamu. Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah. Kamu tentu tahu bahawa orang yang melakukan perbuatan cabul, atau yang tidak senonoh, ataupun yang tamak (kerana ketamakan seperti penyembahan berhala), tidak akan menikmati Pemerintahan Kristus dan Allah.B
Janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu dengan kata-kata dusta, kerana hal-hal inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang tidak taat kepada-Nya. Oleh itu janganlah sekali-kali berhubungan dengan orang semacam itu. Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya, kerana cahayaj itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus.k 10 Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan. 11 Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. ( 12 Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.) 13 Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya, 14 kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya.l Itulah sebabnya dikatakan,
“Bangunlah, hai kamu yang tidur,
dan bangkitlah daripada kematian!
Kristus akan menyinari kamu.”
15 Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. 16 Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat. + 17 Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu.
18 Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. 19 Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. 20 Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita. +
Suami dan Isteri
21 Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.
22 Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan, + 23 kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya. 24 Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus.
25 Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah. + 26 Kristus berbuat demikian untuk membersihkan jemaah dengan airm dan dengan firman-Nya, supaya Dia dapat menyerahkan jemaah kepada Allah. 27 Dengan demikian Kristus memiliki jemaah yang penuh dengan kecemerlangan, yang murni, dan yang tidak bercacat cela sedikit pun. 28 Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. ( 29 Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah, 30 kerana kita anggota tubuh Kristus.) 31 Di dalam Alkitab tertulis, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya untuk bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu.” + 32 Ayat itu mengandungi erti yang dalam. Menurut pengertianku, ayat itu berkaitan dengan hubungan antara Kristus dan jemaah. 33 Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.
+ 5:2 Kel 29.18; Mzm 40.7 B 5:5 Pemerintahan Kristus dan Allah; Harfiah: Kerajaan Kristus dan Allah. j 5:9 cahaya; Beberapa naskhah kuno: Roh Allah. k 5:9 tulus; Harfiah: kebenaran. l 5:14 Kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya; atau kerana cahayalah yang memperlihatkan segala sesuatu dengan jelas. + 5:16 Kol 4.5 + 5:20 Kol 3.16-17 + 5:22 Kol 3.18; 1 Ptr 3.1 + 5:25 Kol 3.19; 1 Ptr 3.7 m 5:26 air, atau air baptisan. + 5:31 Kej 2.24