Kelahiran Musa
2
Pada masa itu seorang lelaki daripada suku Lewi berkahwin dengan seorang perempuan daripada suku itu juga. Kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki. Apabila dia melihat betapa comelnya bayi itu, dia menyembunyikan bayinya selama tiga bulan. + Tetapi dia tidak dapat menyembunyikan bayinya lebih lama lagi. Oleh itu dia mengambil sebuah bakul yang dibuat daripada gelagah, lalu dia memakal bakul itu dengan gala-gala dan minyak tar supaya tidak dapat dimasuki air. Dia meletakkan bayinya di dalam bakul itu, lalu menaruhnya di tengah-tengah rumpun gelagah di pinggir sungai. Kakak bayi itu berdiri tidak berapa jauh dari situ untuk melihat apa yang akan berlaku kepada bayi itu.
Pada masa itu puteri raja turun ke sungai untuk bersiram, sementara dayang-dayangnya berjalan-jalan di pinggir sungai. Tiba-tiba puteri raja ternampak bakul di tengah-tengah rumpun gelagah. Puteri raja menyuruh seorang hamba perempuan untuk mengambil bakul itu. Puteri raja membuka bakul itu lalu nampak seorang bayi lelaki sedang menangis. Puteri raja berasa kasihan terhadap bayi itu dan berkata, “Inilah seorang daripada bayi Ibrani.”
Kemudian kakak bayi itu bertanya kepada puteri itu, “Tuan puteri, sudikah tuan puteri sekiranya hamba pergi mendapatkan seorang perempuan Ibrani untuk menyusui bayi ini?”
Puteri raja menjawab, “Baik, pergilah.” Gadis itu pun pergi dan memanggil ibu bayi itu sendiri. Puteri raja berkata kepadanya, “Ambillah bayi ini dan susuilah dia untukku; aku akan mengupah kamu.” Kemudian perempuan itu mengambil bayi itu dan menyusui dia. 10 Apabila bayi itu besar, perempuan itu membawanya kepada puteri raja, lalu puteri raja menjadikan dia anak angkatnya. Puteri raja berkata, “Aku menamakan dia Musa,c kerana aku telah menarik dia keluar dari air.” +
Musa Melarikan Diri ke Midian
11 Apabila Musa sudah dewasa, dia keluar untuk melawat orang Ibrani, orang sebangsanya. Dia melihat bagaimana mereka dipaksa melakukan kerja yang berat. Musa juga nampak seorang Mesir memukul seorang Ibrani, orang bangsa Musa sendiri. + 12 Musa melihat di sekeliling, dan apabila dia nampak bahawa tiada sesiapa pun yang mengawasi dia, dia membunuh orang Mesir itu lalu menyembunyikan mayatnya di dalam pasir. 13 Pada keesokan harinya Musa pergi ke sana lagi, lalu nampak dua orang Ibrani bergaduh. Musa bertanya kepada orang yang bersalah, “Mengapa engkau memukul orang sebangsamu sendiri?”
14 Orang itu menjawab, “Siapakah yang melantik kamu menjadi pemerintah dan hakim kami? Adakah kamu hendak membunuh aku sebagaimana kamu membunuh orang Mesir itu?” Musa berasa takut dan berfikir, “Tentu orang sudah mengetahui apa yang telah aku lakukan.” + 15 Apabila raja mendengar tentang peristiwa itu, raja cuba mencari jalan untuk membunuh Musa, tetapi Musa melarikan diri ke negeri Midian dan tinggal di sana.
Pada suatu hari, Musa sedang duduk dekat sebuah perigi. + 16 Imam di Midian, yang bernama Yitro, mempunyai tujuh orang anak perempuan. Kemudian ketujuh-tujuh orang anak perempuan Yitro datang untuk menimba air, lalu mengisi bekas-bekas air untuk domba dan kambing bapa mereka. 17 Tetapi beberapa orang gembala datang dan menghalau tujuh orang gadis itu. Kemudian Musa menolong gadis-gadis itu dan memberi minum kepada ternakan mereka. 18 Apabila gadis-gadis itu pulang, bapa mereka bertanya, “Mengapa kamu cepat sekali pulang hari ini?”
19 Mereka menjawab, “Seorang bangsa Mesir telah menolong kami daripada gangguan gembala-gembala lain. Dia juga menimba air untuk kami dan memberi minum kepada ternakan kita.”
20 “Di mana orang itu sekarang?” tanya Yitro kepada anak-anaknya. “Mengapa kamu meninggalkan orang itu? Pergilah jemput dia makan bersama-sama kita.”
21 Kemudian Musa bersetuju untuk tinggal di situ. Yitro mengahwinkan anak perempuannya, Zipora, dengan Musa. 22 Kemudian Zipora melahirkan seorang anak lelaki. Musa berkata, “Aku orang asing di negeri ini, itulah sebabnya aku menamakan anak ini Gersom.”d
23 Bertahun-tahun kemudian raja Mesir mangkat, tetapi orang Israel masih mengeluh kerana diperhamba dan mereka berseru minta tolong. Seruan mereka sampai kepada Allah. 24 Allah mendengar seruan orang Israel, lalu Dia ingat akan perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. + 25 Allah melihat orang Israel diperhamba dan Dia mengambil berat tentang keadaan mereka.e
+ 2:2 Kis 7.20; Ibr 11.23 c 2:10 Musa: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna “menarik keluar”. + 2:10 Kis 7.21 + 2:11 Ibr 11.24 + 2:14 Kis 7.23-28 + 2:15 Kis 7.29; Ibr 11.27 d 2:22 Gersom: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna “orang asing”. + 2:24 Kej 15.13-14 e 2:25 mengambil berat tentang keadaan mereka: Menurut sebuah terjemahan kuno: menunjukkan diri kepada mereka.