Allah akan Mengadili Bangsa-Bangsa
3
TUHAN berfirman,
“Pada masa itu Aku akan memulihkan kemakmuran
Yehuda dan Yerusalem.
Aku akan mengumpulkan semua bangsa
dan membawa mereka ke Lembah Penghakiman.
Aku akan menghakimi mereka di situ
kerana segala perbuatan mereka terhadap umat-Ku.
Mereka telah membuang umat-Ku ke berbagai negeri,
dan membahagi-bahagikan tanah Israel, negeri milik-Ku.
Mereka membuang undi untuk menentukan
pemilik orang tawanan.
Mereka menjual budak lelaki
dan perempuan supaya dijadikan abdi.
Mereka menggunakan wang yang diperoleh
untuk membayar pelacur dan membeli wain.
Apakah yang kamu cuba lakukan kepada-Ku, hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistea? Adakah kamu cuba membalas dendam terhadap Aku? Jika demikian, Aku akan membalas kamu dengan segera. Kamu telah merampas emas dan perak-Ku, serta membawa harta kekayaan-Ku ke dalam rumah berhala kamu. Kamu telah membawa penduduk Yehuda dan Yerusalem ke tempat yang jauh, serta menjual mereka kepada orang Yunani. Tetapi sekarang Aku membawa mereka keluar dari tempat-tempat kamu menjual mereka. Aku akan membalas kejahatan kamu terhadap mereka. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan dijual kepada orang Yehuda; orang Yehuda pula akan menjual mereka kepada Syeba, negeri yang sangat jauh. Aku, TUHAN telah berfirman. +
Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa,
‘Bersiaplah untuk berperang,
panggillah para pahlawan kamu;
kumpulkanlah semua askar, dan maralah!
10 Leburlah mata bajak untuk dijadikan pedang,
dan juga sabit untuk dijadikan tombak.
Hendaklah orang yang lemah turut berkata: Aku pahlawan. +
11 Marilah segera,c
hai bangsa-bangsa di sekitar,
berkumpullah di lembah.’”
Ya TUHAN, kirimlah tentera-Mu untuk menyerang mereka.
12 TUHAN berfirman lagi, “Bangsa-bangsa mesti bersiap
dan datang ke Lembah Penghakiman.
Di sana Aku, TUHAN akan duduk dan menghakimi,
semua bangsa di sekitar.
13 Mereka sangat kejam,
potonglah mereka seperti gandum pada musim menuai;
peraslah mereka seperti buah anggur di tempat memeras buah anggur sehingga wain melimpah.” +
14 Beribu-ribu orang berada di Lembah Penghakiman.
Di sanalah Hari TUHAN akan segera datang.
15 Matahari dan bulan menjadi gelap,
dan bintang-bintang tidak lagi bercahaya.
Allah akan Memberkati Umat-Nya
16 Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion;
Dia mengguntur dari Yerusalem;
langit dan bumi bergoncang,
tetapi Dia akan melindungi umat-Nya. +
17 “Oleh itu hai Israel,
barulah kamu tahu,
bahawa Akulah TUHAN,
Allah kamu.
Aku tinggal di Sion,
bukit-Ku yang suci.
Yerusalem akan menjadi kota yang suci;
orang bangsa asing tidak sekali-kali
akan merampasnya lagi.
18 Pada masa itu gunung akan diliputi ladang anggur;
ternakan akan terdapat di tiap-tiap bukit;
semua sungai di Yehuda akan penuh air.
Sebatang sungai akan mengalir dari Rumah TUHAN;
sungai itu akan mengairi Lembah Akasia.
19 Mesir akan menjadi padang gurun,
dan Edom menjadi timbunan puing,
kerana mereka telah menyerang Yehuda
dan membunuh penduduknya yang tidak bersalah.
20-21 Aku akan membalas dendamd bagi pihak
mereka yang telah dibunuh;
Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah terlepas.
Tetapi Yehuda dan Yerusalem akan dihuni orang selama-lamanya,
dan Aku, TUHAN akan tinggal di Bukit Sion.”
+ 3:8 Yes 14.29-31, 23.1-18; Yer 47.1-7; Yeh 25.15—28.26; Am 1.6-10; Zef 2.4-7; Za 9.1-7; Mat 11.21-22; Luk 10.13-14 + 3:10 Yes 2.4; Mi 4.3 c 3:11 Kemungkinan besar maknanya “Marilah segera”. Naskhah Ibrani: Tolonglah. + 3:13 Why 14.14-16, 14.19-20, 19.15 + 3:16 Am 1.2 d 3:20-21 Beberapa buah terjemahan kuno “membalas dendam”. Naskhah Ibrani: menyatakan tidak bersalah.