Amaran kepada Orang Kaya
5
Dengarlah nasihatku, hai orang kaya! Hendaklah kamu menangis dan meratap, kerana kesengsaraan akan menimpa kamu! Kekayaan kamu akan lenyap dan pakaian kamu akan dimakan gegat. Emas dan perak kamu akan berkarat; karatnya akan menjadi saksi untuk menuduh kamu dan akan membakar habis badan kamu seperti api. Kamu telah menimbun harta di dunia ini yang segera akan berakhir. + Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladang kamu. Dengarkanlah sungutan mereka! Orang yang menuai hasil ladang kamu berseru minta tolong dan seruan mereka sudah sampai ke telinga Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. + Hidup kamu di dunia ini penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Kamu seolah-olah menggemukkan diri untuk hari penyembelihan. Kamu menghukum dan membunuh orang yang tidak bersalah, dan mereka tidak melawan kamu.g
Kesabaran dan Doa
Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.
Saudara-saudaraku, janganlah saling bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihakimi oleh Allah. Hakim sudah dekat dan segera datang. 10 Saudara-saudaraku, ingatlah akan nabi-nabi yang bersabda demi nama Tuhan. Contohilah kesabaran dan ketabahan mereka pada masa menanggung penderitaan. 11 Kami menyebut mereka berbahagia kerana mereka tabah menanggung penderitaan. Kamu telah mendengar kisah tentang kesabaran Ayub, dan kamu tahu bagaimana Tuhan memberkati dia pada akhirnya. Hal itu berlaku kerana Tuhan berbelas kasihan dan baik hati. +
12 Saudara-saudaraku, hal ini penting sekali: janganlah bersumpah apabila membuat janji. Janganlah bersumpah demi langit atau bumi, ataupun apa sahaja. Katakanlah “Ya” apabila maksudmu ya, dan “Tidak” apabila maksudmu tidak. Dengan demikian kamu tidak akan dihukum oleh Allah. +
13 Adakah sesiapa antara kamu sedang mengalami kesusahan? Hendaklah dia berdoa. Adakah sesiapa yang bersukacita? Hendaklah dia menyanyikan lagu pujian kepada Allah. 14 Adakah sesiapa yang sakit? Hendaklah dia memanggil pemimpin-pemimpin jemaah, supaya mereka berdoa baginya dan menyapukan minyak zaitun padanya demi nama Tuhan. + 15 Doa yang diucapkan dengan iman, akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya dan dosa yang sudah dilakukannya akan diampunkan. 16 Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang melakukan kehendak Allah mempunyai kuasa yang besar. 17 Elia pun orang biasa seperti kita. Dia berdoa dengan tekun supaya hujan tidak turun, dan hujan pun tidak turun selama tiga tahun setengah. + 18 Kemudian dia berdoa lagi, lalu langit mencurahkan hujan dan tanah mengeluarkan hasilnya. +
19 Saudara-saudaraku, jika seorang antara kamu sesat, lalu yang lain memimpin dia kembali kepada Allah, 20 ingatlah ayat ini: Sesiapa memimpin seorang berdosa berbalik dari jalan yang salah, orang itu menyelamatkan jiwa orang berdosa ituh daripada kematian dan menyebabkan banyak dosa diampunkan. +
+ 5:3 Mat 6.19 + 5:4 Ul 24.14-15 g 5:6 tidak bersalah, dan mereka tidak melawan kamu; atau tidak bersalah. Tidakkah Allah akan melawan kamu? + 5:11 Ayb 1.21-22, 2.10; Mzm 103.8 + 5:12 Mat 5.34-37 + 5:14 Mrk 6.13 + 5:17 1 Raj 17.1, 18.1 + 5:18 1 Raj 18.42-45 h 5:20 jiwa orang berdosa itu; atau jiwanya sendiri. + 5:20 Ams 10.12; 1 Ptr 4.8