Allah Menjanjikan Seorang Penguasa
5
TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.” +
Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya, dan dia akan mendatangkan keamanan.
Pembebasan dan Hukuman
Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka. Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan merekag akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita. +
Umat Israel yang masih hidup akan menjadi seperti embun yang menyegarkan, yang dikirim oleh TUHAN kepada banyak bangsa; mereka bagaikan titisan hujan pada tanaman. Mereka akan bersandar kepada Allah dan bukan kepada manusia. Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu. Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.
TUHAN berfirman, “Pada masa itu Aku akan merampas kuda kamu dan memusnahkan kereta kuda kamu. 10 Aku akan memusnahkan kota-kota di negeri kamu dan merobohkan semua pertahanan kamu. 11 Aku akan memusnahkan azimat kamu dan menyingkirkan semua peramal kamu. 12 Aku akan memusnahkan patung-patung berhala dan tugu-tugu keramat kamu. Kamu tidak akan menyembah benda-benda buatan kamu sendiri lagi. 13 Aku akan merobohkan patung-patung Dewi Asyera di negeri kamu dan memusnahkan kota-kota kamu. 14 Dalam kemurkaan-Ku yang meluap-luap Aku akan membalas dendam-Ku terhadap semua bangsa yang tidak taat kepada-Ku.”
+ 5:1 Mat 2.6; Yoh 7.42 g 5:5 Dapat bermakna: mereka; Naskhah Ibrani: dia. + 5:5 Kej 10.8-11