4
Doa Petang untuk Minta Tolong
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.
Jawablah apabila aku berseru,
ya Allah, Pembelaku!
Ketika aku susah dahulu,
Engkau datang menolong aku.
Sekarang kasihanilah aku,
dan dengarlah doaku!
Hai manusia, berapa lamakah
kamu akan menghina aku?
Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu,
dan mengejar yang palsu?
Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,
dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.
Ketika kamu marah,
jangan berdosa.
Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri,
sewaktu kamu berbaring di tempat tidur. +
Persembahkanlah korban yang benar
dan percayalah kepada TUHAN.
Banyak orang berdoa,
“Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN.
Semoga Engkau berkenan kepada kami.”
Engkau membuat hatiku lebih girang
daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.
Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram;
Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.
+ 4:5 Ef 4.26