99
Allah, Raja yang Agung
TUHAN itu raja,
orang gementar kerana Dia;
Dia bertakhta di atas kerub,r
dan bumi pun bergoncang. +
TUHAN sangat berkuasa di Sion;
Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.
Setiap orang akan memuji
nama-Nya yang agung dan mulia.
Sucilah Dia!
Hai Raja yang perkasa,s
Engkau mencintai hukum;
Engkau telah menegakkan keadilan di Israel,
Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.
Pujilah TUHAN, Allah kita;
sujudlah di hadapan takhta-Nya!
Sucilah Dia!
Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya,
dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia;
mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.
Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka;
mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya. +
Ya TUHAN, Allah kami,
Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu;
Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang,
walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.
Pujilah TUHAN, Allah kita
dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!t
TUHAN, Allah kita suci.
r 99:1 kerub: Lihat 18.10. + 99:1 Kel 25.22 s 99:4 Dapat bermakna: Hai Raja yang perkasa; Naskhah Ibrani: Keperkasaan Raja. + 99:7 Kel 33.9 t 99:9 bukit...suci: Lihat 2.6.