Para Pegawai Tentera dan Para Pembesar Lain
27
1-15 Ketua-ketua keluarga, para pemimpin puak, dan pegawai-pegawai tentera menjalankan pentadbiran kerajaan Israel. Setiap tahun selama satu bulan, ada satu kumpulan yang bertugas secara bergilir di bawah pimpinan seorang ketua. Tiap-tiap kumpulan terdiri daripada 24,000 orang.
Inilah nama para ketua kumpulan yang bertugas untuk setiap bulan:
Bulan pertama: Yasobam anak Zabdiel (dia daripada puak Peres, sebahagian daripada suku Yehuda).
Bulan kedua: Dodai, keturunan Ahohi. Miklot ialah wakilnya.
Bulan ketiga: Benaya anak Imam Yoyada; dia pemimpin Kumpulan Tiga Puluh (Amizabad, anaknya ialah wakilnya.)
Bulan keempat: Asael, saudara Yoab (penggantinya ialah Zebaja, anaknya).
Bulan kelima: Samhut, keturunan Yizrah.
Bulan keenam: Ira anak Ikes dari kota Tekoa.
Bulan ketujuh: Heles, keturunan Efraim dari kota Peloni.
Bulan kelapan: Sibkhai dari kota Husa (dia daripada puak Zerah, sebahagian daripada suku Yehuda)
Bulan kesembilan: Abiezer dari kota Anatot di wilayah suku Benyamin.
Bulan kesepuluh: Maharai, keturunan Zerah dari kota Netofa.
Bulan kesebelas: Benaya dari kota Piraton di wilayah suku Efraim.
Bulan kedua belas: Heldai keturunan Otniel dari kota Netofa.
Ketua-Ketua Suku dalam Bangsa Israel
16-22 Inilah senarai nama ketua suku dalam bangsa Israel:
Suku Ketua
Ruben Eliezer anak Zikhri
Simeon Sefaca anak Maakha
Lewi Hasabya anak Kemuel
Harun Zadok
Yehuda Elihu salah seorang saudara Raja Daud
Isakhar Omri anak Mikhael
Zebulon Yismaya anak Obaja
Naftali Yerimot anak Azriel
Efraim Hosea anak Azazya
Manasye Barat Yoel anak Pedaya
Manasye Timur Yido anak Zakharia
Benyamin Yaasiel anak Abner
Dan Azareel anak Yeroham
23 Raja Daud tidak membanci orang yang berumur di bawah dua puluh tahun kerana TUHAN telah berjanji akan menjadikan umat Israel sebanyak bintang di langit. + 24 Yoab anak Zeruya memulakan pembancian, tetapi dia tidak menyelesaikannya, oleh sebab Allah menghukum Israel kerana pembancian itu. Itulah sebabnya jumlah mereka tidak tertulis di dalam catatan rasmi Raja Daud. +
Pengurus Harta Milik Raja
25-31 Inilah senarai nama orang yang mengurus harta milik raja:
Stor-stor di istana dan di Yerusalem: Azmawet anak Adiel.
Stor-stor di luar Yerusalem: Yonatan anak Uzia.
Pekerja-pekerja ladang: Ezri anak Kelub.
Kebun-kebun anggur: Simei dari kota Rama.
Tempat-tempat penyimpanan wain: Zabdi dari kota Syifmi.
Pokok zaitun dan pokok ara (di kaki pergunungan sebelah barat): Baal-Hanan dari kota Geder.
Tempat-tempat penyimpanan minyak zaitun: Yoas.
Ternakan di Padang Saron: Sitrai dari kota Saron.
Ternakan di lembah-lembah: Safat anak Adlai.
Unta: Obil keturunan Ismael.
Keldai: Yehdeya dari kota Meronot.
Domba dan kambing: Yazis, orang Hagri.
Para Penasihat Peribadi Raja Daud
32 Yonatan, bapa saudara Raja Daud, ialah seorang penasihat yang bijak dan terpelajar. Dia dan Yehiel anak Hakhmoni diberi tanggungjawab mendidik putera-putera raja. 33 Ahitofel ialah penasihat raja, dan Husai orang Arki ialah penasihat dan sahabat karib raja. 34 Setelah Ahitofel meninggal, Abyatar dan Yoyada anak Benaya menggantikan dia sebagai penasihat. Yoab ialah panglima angkatan tentera kerajaan.
+ 27:23 Kej 15.5, 22.17, 26.4 + 27:24 2 Sam 24.1-15; 1 Taw 21.1-14