Penglihatan tentang Empat Buah Kereta Kuda
6
Aku nampak penglihatan yang lain. Kali ini aku nampak empat buah kereta kuda keluar dari antara dua gunung gangsa. Kereta kuda yang pertama ditarik oleh kuda merah, yang kedua oleh kuda hitam, + yang ketiga oleh kuda putih, dan yang keempat oleh kuda yang bertelau-telau. + Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah makna kereta kuda ini, tuan?”
Dia menjawab, “Inilah empat angin yang baru datang dari hadirat Tuhan alam semesta.” +
Kereta kuda yang ditarik oleh kuda hitam menuju ke Babilonia di utara. Kuda putih menuju ke barat dan kuda yang bertelau-telau menuju ke negara di selatan.
Ketika kuda yang bertelau-telau itu keluar, nampaknya semua kuda itu tidak sabar lagi untuk pergi menyiasat bumi. Malaikat itu berkata, “Pergilah siasat bumi!” Semua kuda itu pergi. Kemudian malaikat itu berseru kepadaku, “Kuda yang pergi ke Babilonia di utara telah meredakan kemurkaan TUHAN.”
Perintah untuk Menabalkan Yosua
TUHAN memberikan perkhabaran ini kepadaku. 10 Dia berfirman, “Ambillah persembahan yang diberikan oleh orang yang baru kembali dari pembuangan di Babilonia, iaitu Heldai, Tobia, dan Yedaya. Bawalah persembahan mereka itu dengan segera ke rumah Yosia anak Zefanya. 11 Buatlah sebuah mahkota daripada emas dan perak yang dipersembahkan mereka itu, lalu pasanglah mahkota itu pada kepala Imam Agung Yosua anak Yozadak. 12 Beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, ‘Orang yang disebut Tunas akan berjaya di tempat dia berada, dan dia akan membina semula Rumah TUHAN. + 13 Dialah yang akan membina Rumah-Ku dan menerima kehormatan yang diberikan kepada raja, dan dia akan memerintah rakyatnya. Seorang imam akan mengiringi dia dan mereka akan bekerjasama dengan rukun.’ 14 Mahkota itu akan disimpan di dalam Rumah-Ku untuk mengenang Heldai,g Tobia, Yedaya, dan Yosia.”h
15 Orang dari tempat jauh akan datang untuk membantu membina Rumah TUHAN. Selepas Rumah itu selesai dibina semula, kamu akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku kepada kamu. Semua hal itu akan berlaku jika kamu sungguh-sungguh mematuhi perintah TUHAN, Allah kamu.
+ 6:2 Why 6.4, 5 + 6:3 Why 6.2 + 6:5 Why 7.1 + 6:12 Yer 23.5, 33.15; Za 3.8 g 6:14 Sebuah naskhah terjemahan kuno: Heldai; Naskhah Ibrani: Helem. h 6:14 Sebuah naskhah terjemahan kuno: Yosia; Naskhah Ibrani: Hen.