Berita baik
Soalan: Terdapatkah kehidupan abadi?
Jawapan:
Kitab Injil menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: ?Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan? (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh Tuhan, hal ini akan menyebabkan kita dihukum dengan sewajarnya. Kerana kita berdosa terhadap Tuhan yang abadi, maka hukumannya juga akan abadi. ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan? (Roma 6:23).
Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. ?Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa? (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita perlu terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. ?Terpujilah Tuhan dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang kerana rahmat-Nya yang besar telah mengurniai kita hidup yang baru melalui kebangkitan Yesus Kristus dari kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita? (1 Petrus 1:3).
Melalui iman, kita mesti bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan (Kisah Para Rasul 3:19). Jika kita mempunyai iman, percaya bahawa kematiannya di atas salib boleh menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. ?Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal? (Yohanes 3:16). ?Kerana jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahawa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Tuhan telah membangkitkan Dia dari kematian, maka kamu akan diselamatkan? (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang dilakukan oleh Kristus di atas salib ialah jalan yang menuju ke hidup abadi! ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri? (Efesus 2:8-9).
Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat anda, ikutlah di sini satu doa contoh. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia memberikan kamu penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan meletakkan kepercayaan pada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu ? iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?
Jawapan:
Kisah Para Rasul 13:38 memaklumkan, ?Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.?
Apakah pengampunan dosa dan mengapa saya memerlukannya?
Perkataan ?ampun? bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan dosa bukan diberikan atas sebab orang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan dosa ialah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan ialah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira segala yang telah dilakukan terhadap kamu.
Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan dosa daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, ?Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan!? 1 Yohanes 1:8 menyatakan, ?Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.? Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan berdosa (Matius 25:46; Yohanes 3:36).
Pengampunan ? Bagaimana saya mendapatnya?
Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah ? bersedia untuk mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 menyatakan, ?Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.? Tuhan berhasrat memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita.
Hukuman yang adil ke atas dosa kita ialah kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, ?Kematian adalah upah dosa..? Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia ? Kristus Yesus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, ?Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.? Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati kita! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, ?Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.? Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangannya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Kristus Yesus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, ??tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.?
Adakah kamu inginkan dosa kamu diampuni? Adakah kamu sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan dosa tersedia jika kamu percaya kepada Kristus Yesus sebagai penyelamat kamu. Efesus 1:7 menyatakan, ?Hal ini demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.? Yesus telah membayar hutang kita, supaya kita dapat diampuni. Apa yang kamu perlu buat ialah meminta Tuhan untuk mengampuni kamu melalui Yesus, percaya Yesus mati kerana hendak menebus dosa kamu ? maka Tuhan pasti akan mengampuni kamu! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, ?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.?
Pengampunan ? begitu senang sahaja?
Ya, begitu senang! Kamu tidak dapat membeli pengampunan daripada Tuhan. Kamu tidak dapat membayar pengampunan daripada Tuhan. Kamu hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat kamu dan menerima pengampunan daripada Tuhan, maka berdoalah begini. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan kamu. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa kamu percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?
Jawapan:
Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara agama Islam dan agama Kristian ialah mengenai segala yang dikatakan oleh Koran mengenai Yesus. Koran menyatakan bahawa Tuhan Allah menghantar Yesus and menyokong Dia dengan Roh Kudus (Sura 2:87), bahawa Allah mengangkat Yesus (Sura 2:253), bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34), bahawa Allah memberi perintah kepada Yesus untuk menubuhkan satu agama (Sura 42:13), dan bahawa Yesus telah naik ke syurga (Sura 4:157-158). Maka, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46).
Ajaran Yesus dicatat dengan teliti oleh pengikut-pengikutnya, di dalam Taurat. Sura 5:110 menyatakan bahawa pengikut-pengikutnya menerima wahyu daripada Allah supaya percaya kepada Yesus dan ajarannya. Sura 61:6,14 menganggap Yesus dan pengikut-pengikutnya sebagai pembantu Allah. Sebagai pembantu Allah, pengikut-pengikut Yesus mungkin dapat mencatat dengan tepat ajaran Yesus. Koran mengajar muslim supaya menyokong dan mengikut kedua-dua Torah dan Taurat (Sura 5:44-48). Jika Yesus tidak berdosa langsung, maka segala yang Dia ajar mestilah benar. Jika pengikut-pengikut Yesus ialah pembantu Allah, maka mereka akan mencatat ajaran Yesus dengan tepat.
Melalui Mohammad, Allah, di dalam Koran, menyuruh muslim membaca Taurat. Allah tidak akan memberi arahan begitu jika Taurat itu tidak benar. Oleh itu, Taurat pada zaman Mohammad mestilah boleh dipercayai dan tepat. Terdapat banyak salinan Taurat 450 tahun sebelum zaman Mohammad. Terdapat lebih daripada seribu manuskrip Taurat. Dengan membandingkan salinan yang paling awal, dengan salinan pada zaman Mohammad, dan salinan selepas zaman Mohammad ? adalah jelas bahawa semua salinan Taurat adalah amat tepat dan konsisten mengenai peribadi Yesus dan ajarannya. Tiada bukti bahawa kebenaran Taurat telah dimusnahkan. Oleh itu, kita boleh yakin bahawa semua ajaran Yesus adalah benar, bahawa ajarannya dicatat dengan tepat di dalam Taurat, dan bahawa Allah telah melindungi Taurat dengan sempurna.
Apakah perkara-perkara mengenai Yesus yang tercatat di dalam Taurat? Di Yohanes 14:6, Yesus berkata, Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya?. Yesus mengatakan bahawa Dia ialah jalan yang tunggal ke Tuhan. Di Matius 20:19, Yesus mengatakan bahawa Dia akan disalib, dibunuh dan akan bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Taurat telah mencatat semua ini degan jelas seperti segala yang dijangka oleh Yesus (Matius bab 27-28, Markus bab 15-16, Lukas bab 23-24, Yohanes bab 19-21). Mengapa Yesus, seorang Nabi besar Allah, membenarkan dirinya dibunuh? Mengapa Allah membenarkan hal ini? Yesus berkata bahawa jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka (Yohanes 15:13). Yohanes 3:16 mengatakan bahawa Tuhan mengasihi kita sehingga sanggup menghantar Yesus sebagai pengorbanan untuk kita.
Mengapa Yesus perlu mengorbankan nyawanya untuk kita? Inilah perbezaan utama antara agama Islam dan agama Kristian. Islam mengajar bahawa Allah mengadili kita berdasarkan perbuatan baik kita yang melebihi perbuatan jahat. Walaupun perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat, Allah adalah begitu mulia dan suci dan Dia tidak membenarkan orang yang berdosa sedikitpun masuk ke syurga. Allah yang sempurna dan suci, tidak membenarkan segala yang tidak sempurna masuk ke syurga. Maka hal ini menyebabkan kita pergi ke neraka. Kesucian Allah menyebabkan perlunya pengadilan ke atas dosa. Oleh itu kita perlukan Yesus sebagai pengorbanan.
Seperti yang tercatat di dalam Koran, Yesus adalah tanpa dosa. Bagaimana boleh seorang manusia hidup tanpa dosa sepanjang hayatnya? Hal ini adalah tidak mungkin. Tetapi bagaimana Yesus boleh hidup tanpa dosa? Yesus adalah lebih daripada seorang manusia biasa. Yesus mengatakan bahawa dia bersatu dengan Tuhan (Yohanes 10:30). Yesus mengumumkan bahawa Dia adalah Tuhan dalam Torah (Yohanes 8:58). Taurat mengajar dengan jelas bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia (Yohanes 1:1,14). Tuhan mengetahui bahawa kita semua berdosa dan tidak dapat masuk ke syurga. Tuhan mengetahui bahawa dosa kita hanya boleh diampuni jika hutang dosa kita habis dibayar. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia yang boleh membayar harga yang tidak terhad itu. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia ? Yesus Kristus ? hidup tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), mengajar ajaran yang sempurna, dan mati untuk kita supaya hutang dosa kita dilangsaikan. Tuhan berbuat begitu kerana Dia mengasihi kita dan mahu kita kekal bersama-Nya di syurga.
Oleh itu, apa maknanya semua perkara itu kepada kamu? Yesus ialah pengorbanan sempurna untuk pengampunan dosa kamu. Tuhan memberi kita pengampunan dosa dan penyelamatan jika kita sudi menerima hadiahnya (Yohanes 1:12), percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat yang mati untuk kita ? kawanNya. Jika kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, kamu pasti akan mendapat hidup abadi di syurga. Tuhan akan mengampuni dosa kamu, membersihkan roh kamu, membaharui roh kamu, memberi kamu hidup yang bermakna di dunia ini dan hidup abadi di dunia selepas mati. Bagaimana kita boleh menolak hadiah yang begitu baik? Bagaimana kita boleh menolak Tuhan yang sudi mati untuk kita?
Jika kamu kurang pasti akan apa yang kamu percaya, kami mengajak kamu membaca doa berikut kepada Tuhan, ?Tuhan, sila membantu saya mengetahui segala yang benar. Bantulah saya mengetahui segala yang salah. Bantulah saya mengetahui jalan yang betul ke penyelamatan.? Tuhan akan menghormati doa begitu.
Jika kamu ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat individu kamu, berkatalah kepada Tuhan, dengan mengeluarkan suara ataupun berbisik dalam hati, beritahu Tuhan bahawa kamu ingin menerima hadiah penyelamatan Yesus. Jika kamu hendak berdoa, bolehlah mengikut contoh ini : ?Tuhan, terima kasih kerana kasih sayang-Mu. Terima kasih kerana mengorbankan Dirimu untuk saya. Terima kasih kerana menyediakan pengampunan dan penyelamatan. Saya ingin menerima hadiah ini melalui Yesus. Saya yakin Yesus ialah Penyelamat saya. Saya juga mengasihi Tuhan dan menyerahkan diri kepada-Mu. Amen!?
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?
Jawapan:
Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu kamu? Sebelum kamu menjawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan tepat, kamu mesti faham makna ?Yesus Kristus?, ?individu? dan ?Penyelamat?.
Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini tidak tepat. Kitab Injil mengatakan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk badan manusia, Tuhan menjadi manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita ? dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta alam, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah kamu menerima Yesus ini?
Apakah Penyelamat dan mengapa kita perlukan Penyelamat? Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita telah berdosa, kita semua melakukan maksiat (Roma 3:10-18). Akibatnya, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang abadi ialah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Ha; inilah sebabnya kita perlukan Penyelamat!
Yesus Kristus, datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus, Tuhan dalam bentuk manusia, adalah sebagai tebusan bagi dosa kita yang tidak terhad (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus membuktikan kematiannya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu Yesus ialah Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Para Rasul 4:12)! Adakah kamu yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?
Adakah Yesus ?Penyelamat Peribadi? anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan pada seseorang. Tiada sesiapa yang boleh diampuni selepas berdosa. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu, percaya bahawa kematian-Nya mampu membayar denda dosa kamu, dan yakin bahawa kebangkitan-Nya menjamin nyawa abadi di dunia akhirat (Yohanes 3:16). Sudahkah anda menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu anda?
Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu anda, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah rancangan penyelamatan?
Jawapan:
Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! ?Akulah roti yang memberikan hidup,? kata Yesus kepada mereka. ?Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.? (Yohanes 6:35).
Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12).
Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, ?Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.? (Yohanes 10:9).
Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, ?Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.? (Yohanes 10:11,14).
Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, ?Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?? (Yohanes 11:25-26).
Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku? (Yohanes 14:6).
Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup ? dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan.
Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36).
Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, ?Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.?(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita ? maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati ? hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus.
?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.? (Yohanes 3:16)
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah agama yang betul untuk saya?
Jawapan:
Restoran makanan segera memikat kita kerana membenarkan kita memesan makanan yang kita mahu. Terdapat kedai kopi yang bercakap besar dan mengatakan bahawa mereka mempunyai beratus-ratus jenis kopi yang berlainan rasa. Apabila kita membeli kereta dan rumah, kita hendak mendapat pilihan dan ciri-ciri yang paling banyak. Kita bukan hidup berdasarkan keperluan contohnya coklat, vanila dan strawberi sahaja, pilihan itu penting! Kamu boleh mencari segala yang kamu mahu mengikut kesukaan dan kehendak individu.
Jadi, apakah agama yang betul untuk kamu? Bagaimana dengan suatu agama yang tidak menegur kesalahan, tidak meminta kamu bertanggungjawab dari segi moral, tidak mengehadkan kelakuan kamu? Ya, terdapat agama seperti yang dikatakan tadi di dunia ini, tetapi adakah agama sesuatu yang boleh dipilih seperti memilih rasa aiskrim?
Terdapat banyak pilihan di hadapan kita, mengapa kita patut memilih Yesus dan bukannya Mohammad, Confucius, Buddha, Charles Taze Russell atau Joseph Smith? Bukankah mereka semua menunjukkan jalan ke syurga? Bukankah semua agama asalnya sama? Sebenarnya, bukan semua agama menghala ke syurga, sama seperti bukan semua jalan pergi ke Indiana.
Hanya Yesus menunjukkan kewibawaan Tuhan kerana Dia sahaja yang mengatasi kematian. Mohammad, Confucius dan orang lain semuanya berada di dalam kubur masing-masing, tetapi Yesus, dengan Kuasanya sendiri, berjalan keluar dari kubur tiga hari selepas disalib dengan kejam oleh askar Roma. Orang yang boleh mengatasi kematian patut mendapat perhatian kita. Segala yang ingin disampaikan oleh orang yang boleh mengatasi kematian patut kita dengar.
Bukti yang menyokong kebangkitan Yesus adalah amat kukuh. Pertama, terdapat lebih kurang lima ratus saksi yang nampak Yesus selepas Dia bangkit! Jumlah saksi ini adalah amat ramai. Suara daripada lima ratus orang tidak boleh diabaikan. Kubur yang kosong ialah satu bukti yang kukuh; musuh Yesus boleh mengeluarkan mayat-Nya yang sudah reput untuk menghentikan khabar angin mengenai kebangkitan-Nya, tetapi mereka tidak dapat berbuat begitu kerana tiada mayat Yesus yang boleh ditunjukkan! Kuburnya kosong! Mungkinkah pengikut-pengikutnya telah mencuri mayatnya? Tidak! Untuk mencegah kecurian mayat Yesus, askar-askar Roma menjaga kubur-Nya dengan senjata. Memandangkan pengikut-pengikut Yesus yang dekat sudah melarikan diri dalam ketakutan semasa dia disalib, adalah tidak mungkin nelayan-nelayan yang dalam ketakutan ini berani mencabar askar-askar Roma yang bersenjata. Maka hakikatnya ialah kebangkitan Yesus tidak dapat dinafikan.
Sekali lagi, orang yang boleh mengatasi kematian patut diberi perhatian. Yesus membuktikan kuasanya yang boleh mengatasi kematian, oleh itu, kita perlu mendengar segala yang dikatakan olehnya. Yesus mendakwa bahawa hanya dialah jalan ke penyelamatan (Yohanes 14:6). Dia bukan salah satu jalan di antara banyak jalan lain, tetapi, Yesus ialah Jalan Tunggal.
Yesus yang sama itu berkata, ?Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.?(Matius 11:28). Dunia ini sukar dan kehidupan penuh kesulitan. Kebanyakan daripada hati kita tercedera, berdarah dan penuh dengan kesakitan. Setuju? Oleh itu, apa yang kamu mahu? Pemulihan atau agama? Kamu mahu seorang Penyelamat yang masih hidup atau nabi yang sudah mati? Hubungan yang bermakna atau upacara yang tidak bermakna? Yesus bukan satu pilihan sahaja ? tetapi Dia ialah pilihan yang tunggal!
Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin mendapat pengampunan dosa (Kisah Para Rasul 10:43). Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin memiliki hubungan yang bermakna dengan Tuhan (Yohanes 10:10). Percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat anda ? kamu tidak akan menyesal! Yakin bahawa Yesus akan mengampuni dosa kamu ? kamu tidak akan kecewa.
Jika kamu hendak percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?
Jawapan:
Jalan Roma ke penyelamatan ialah satu cara berkongsi dengan orang lain mengenai Berita Baik penyelamatan melalui penggunaan ayat-ayat daripada buku Roma. Cara ini ialah satu cara yang mudah lagi berkesan untuk menjelaskan sebab-sebab kita perlukan penyelamatan, bagaimana Tuhan menyediakan penyelamatan, bagaimana kita boleh menerima penyelamatan, dan apakah akibat penyelamatan?
Ayat pertama bagi Jalan Roma ke penyelamatan ialah Roma 3:23, ?Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.? Kita semua telah berdosa. Kita semua melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Tuhan. Tiada seorang pun yang tidak berdosa. Roma 3:10-18 menerangkan bagaimana dosa mempengaruhi hidup kita. Ayat suci kedua mengenai Jalan Roma ke Penyelamatan, Roma 6:23, mengingatkan kita mengenai akibat berdosa ? ?kematian adalah upah dosa..? Hukuman ke atas dosa ialah kematian. Bukan sahaja kematian fizikal, tetapi kematian kekal!
Ayat suci ketiga di dalam Buku Roma mengenai penyelamatan ialah Roma 6:23, ??tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.? Roma 5:8 menyatakan bahawa, ?Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.? Yesus Kristus mati untuk kita! Kematian Yesus membayar denda dosa kita. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Tuhan telah menerima kematian-Nya sebagai tebusan dosa kita.
Ayat suci keempat di dalam Jalam Roma ke penyelamatan ialah Roma 10:9, ?Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa ?Yesus itu Tuhan,? dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan.? Kerana Yesus telah mati untuk kita, maka kita perlu percaya kepada Dia, yakin bahawa kematian-Nya adalah untuk menebus dosa kita ? pasti kita akan diselamatkan! Roma 10:13 menyatakan, ?Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.? Yesus mati untuk menebus dosa kita dan membebaskan kita daripada hukuman kekal. Penyelamatan dan pengampunan diberi secara percuma kepada semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat.
Aspek terakhir Jalan Roma ke penyelamatan ialah akibat penyelamatan. Roma 5:1 mempunyai ayat yang mengagumkan, ?Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.? Melalui Yesus, kita boleh menikmati hubungan sejahtera dengan Tuhan. Roma 8:1 mengajar kita, ?Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.? Oleh sebab Yesus mati untuk kita, maka kita tidak akan dihukum lagi. Akhirnya, kita mempunyai janji Tuhan daripada Roma 8:38-39, ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.?
Adakah anda hendak mengikuti Jalan Roma ke Penyelamatan? Jika Ya, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah Doa orang berdosa?
Jawapan:
Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan apabila dia menyedari bahawa dirinya ialah seorang yang berdosa dan perlukan Penyelamat. Melafazkan doa orang berdosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu sedar, faham dan percaya bahawa dia telah berdosa dan memerlukan penyelamatan.
Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita ialah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, ?Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah.? Kitab Injil menyatakan dengan jelas bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan memerlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Doa ini ialah permintaan untuk ampun dan bukannya kemarahan.
Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita mengenai Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi (Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Oleh sebab itu, dosa kita akan diampuni dan kita dijanjikan satu kediaman kekal di syurga ? asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang perlu kita lakukan ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan melalui rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.?
Melafazkan doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang membawa penyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika kamu sedar bahawa kamu ialah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, kamu boleh berdoa kepada Tuhan: ?Tuhan, saya tahu bahawa saya ialah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampuni dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus ialah Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampuni dosa saya. Amen.?
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah Kristian?
Jawapan:
Kamus Webster mentakrifkan ?Kristian? sebagai ?seseorang yang menyatakan kepercayaannya kepada Yesus sebagai Kristus atau percaya kepada sesuatu agama yang berdasarkan ajaran Yesus?. Walaupun takrifan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk memahami makna Kristian, tetapi takrifan ini hanya definisi sekular dan belum dapat menerangkan makna Kitab Injil dengan tepat.
Perkataan Kristian digunakan tiga kali di dalam Kitab Injil (Kisah Para Rasul 11:26, 26:28, 1 Petrus 4:16). Pengikut-pengikut Yesus Kristus pertama kali dipanggil ?Kristian? di Antiokhia (Kisah Para Rasul 11:26) kerana kelakuan, aktiviti dan percakapan mereka seperti Kristus. Asalnya gelaran Kristian itu adalah digunakan oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus di Antiokhia untuk mengetawakan Kristian. Makna harafiahnya ialah ?orang yang memihak kepada parti Kristus? atau ?pengikut Kristus?, definisi itu sangat serupa dengan definisi kamus Webster.
Malangnya, perkataan ?Kristian? telah hilang makna asalnya dan selalu digunakan ke atas orang yang menunjukkan perbuatan agamanya yang bermoral tetapi bukan untuk mereka yang dilahirkan semula dan mengikut ajaran Yesus dengan betul dan ikhlas. Ramai orang yang tidak percaya kepada Yesus menganggap diri mereka Kristian semata-mata kerana mereka pergi ke gereja ataupun hidup di negara Kristian. Tetapi, menghadiri gereja, berkhidmat untuk orang yang bernasib malang, atau menjadi orang yang baik dan bermoral tidak menjadikan kamu Kristian yang benar. Seorang pendakwa pernah menyatakan, ?Pergi ke gereja tidak menjadikan kamu Kristian dan hal ini seperti pergi ke bengkel kereta tidak menjadikan kamu kereta.? Kamu tidak akan menjadi Kristian dengan menyertai gereja, pergi ke gereja setiap hari Ahad, dan melakukan kerja-kerja di gereja.
Kitab Injil menyatakan kerja kebajikan yang kita lakukan tidak akan mendapat rahmat Tuhan. Titus 3:5 berkata, ?Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Tuhan menyelamatkan kita melalui Roh-Nya yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.? Jadi, Kristian ialah seseorang yang dilahirkan semula oleh Tuhan (Yohanes 3:3, 3:7, 1 Petrus 1:23) dan percaya kepada Yesus sepenuhnya. Efesus 2:8 berkata, ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan melalui iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.? Seorang Kristian yang benar ialah orang yang menyesali dosanya dan percaya kepada Yesus sahaja. Kepercayaan mereka bukan mengikut satu set kod moral atau menganut agama tertentu, atau mempunyai satu senarai perbuatan yang boleh dilakukan atau diharamkan.
Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan percaya kepada hakikat bahawa Dia mati di atas salib sebagai pampasan kepada dosa manusia dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Dia telah berjaya memenangi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang mempunyai iman di dalam-Nya. Yohanes 1:12 berkata, ?Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya;? Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan, sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?
Jawapan:
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula? Petikan klasik kitab Injil yang menjawab soalan ini ialah Yohanes 3:1-21. Tuhan Yesus Kristus bercakap dengan Nikodemus, seorang Farisi yang paling berpengaruh dan beliau juga ialah salah seorang pemimpin agama Yahudi. Nikodemus datang mencari Yesus pada waktu malam. Beliau mempunyai soalan-soalan yang hendak ditanya kepada Yesus.
Semasa Yesus bercakap dengan Nikodemus, Dia berkata, ??"Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.? Nikodemus bertanya, ?Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!? Yesus menjawab, ?Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. Secara jasmani manusia dilahirkan oleh manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan oleh Roh Allah. Janganlah hairan kerana Aku berkata kepadamu bahawa kamu semua mesti dilahirkan semula!? (Yohanes 3:3-7)
Ungkapan ?dilahirkan semula? bermakna ?dilahirkan daripada atas?. Nikodemus mempunyai satu keperluan. Beliau perlukan perubahan hati ? iaitu tranformasi dari segi rohani. Kelahiran baru atau dilahirkan kembali, adalah perbuatan Tuhan yang menanam kehidupan abadi di dalam orang yang percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat individu (2 Korintus 5:17; Titus 3:5; 1 Petrus 1:3; 1 Yohanes 2:29, 3:9, 4:7, 5:1-4,18). Yohanes 1:12,13 menyatakan bahawa ?dilahirkan semula? membawa idea ?dijadikan anak Tuhan? melalui kepercayaan kepada Yesus Kristus.
Soalan logik ini timbul, ?Mengapa seseorang perlu dilahirkan semula?? Rasul Paulus berkata di Efesus 2:1, ?Dahulu kamu mati secara rohani kerana kamu tidak taat kepada pemerintah Allah dan kamu berdosa? Kepada orang Roma di Roma 3:23, Paulus berkata, "Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan." Jadi, semua orang perlu dilahirkan kembali supaya dosanya diampuni sepenuhnya dan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan.
Bagaimana hal ini boleh berlaku? Efesus 2:8,9 berkata, ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri? Apabila seseorang ?diselamatkan?, dia telah dilahirkan semula, rohaninya diperbaharui, dan sekarang dia menjadi anak Tuhan dengan hak kelahiran baru. Kepercayaan kepada Yesus Kristus bahawa Dia yang membayar denda dosa kita semasa Dia mati di atas salib, adalah makna ?dilahirkan semula secara rohani?. ?Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.?(2 Korintus 5:17).
Jika kamu belum pernah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu, adakah kamu terasa pujukan daripada Roh Kudus semasa Dia bercakap di dalam hati kamu? Kamu perlu dilahirkan semula. Adakah kamu sudi berdoa dengan hati yang bertaubat supaya kamu boleh menjadi ciptaan baru pada hari ini dalam Kristus? ?Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.? (Yohanes 1:12-13).
Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu ? iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah Empat hukum rohani?
Jawapan:
Empat hukum rohani ialah cara untuk menjelaskan berita baik penyelamatan melalui kepercayaan pada Yesus Kristus kepada orang lain. Kaedah ini ialah satu cara yang mudah untuk mengatur maklumat-maklumat penting dalam Berita Baik menjadi empat titik rujukan yang mustahak.
Hukum rohani pertama ialah, ?Tuhan mengasihi kamu dan mempunyai satu rancangan yang baik untuk hidup kamu.? Yohanes 3:16 memberitahu kita, ?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.? Yohanes 10:10 menerangkan sebab-sebab Yesus datang ke dunia ini, ?Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu hidup yang kelimpahan.? Apa yang menghalang kita daripada kasih Tuhan? Apa yang menyekat kita daripada mendapat hidup yang berlimpahan?
Hukum rohani kedua ialah, ?Semua manusia dicemar oleh dosa maka terpisah daripada Tuhan. Akibatnya, kita tidak mengetahui rancangan Tuhan yang baik bagi kita.? Roma 3:23 mengesahkan fakta ini, ?Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.? Roma 6:23 menunjukkan akibat buruk dosa, ?Kematian adalah upah dosa.? Tuhan mencipta kita supaya mempunyai hubungan yang baik dengan-Nya. Tetapi, manusia membawa dosa ke dunia ini, lalu terpisah dan bermusuhan dengan Tuhan. Persahabatan antara manusia dengan Tuhan telah dimusnahkan oleh dosa manusia. Apakah cara penyelesaiannya?
Hukum rohani yang ketiga ialah, ?Yesus Kristus ialah penyelesaian yang disediakan oleh Tuhan bagi dosa kita. Melalui Yesus Kristus, dosa kita akan diampuni dan persahabatan dengan Tuhan dapat dipulihkan.? Roma 5:8 menyatakan, ?Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.? 1 Korintus 15:3-4 memberitahu kita segala yang perlu dilakukan dan dipercayai agar dapat diselamatkan, ?Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.? Yesus mengumumkan bahawa Dialah jalan tunggal untuk mendapat penyelamatan di Yohanes 14:6, ?Yesus menjawab, ?Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapatkan hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.? Bagaimana saya boleh mendapat hadiah yang terbaik ini?
Hukum rohani yang keempat ialah, ?Kita mesti percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat agar mendapat hadiah penyelamatan dan mengetahui rancangan Tuhan yang baik dalam hidup kita.? Yohanes 1:12 menerangkan hakikat ini, ?Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.? Kisah Para Rasul 16:31 menjelaskan, ?Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan ? kamu dan keluargamu!? Kita hanya boleh diselamatkan dengan rahmat Allah, melalui kepercayaan kepada Yesus (Efesus 2:8-9).
Jika kamu hendak percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Bagaimana saya boleh Berbaik-baik dengan Tuhan?
Jawapan:
Sebelum kita dapat berbaik-baik dengan Tuhan, kita mesti memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ?salah? terlebih dahulu. Jawapannya ialah ?dosa?. ?Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat, tidak seorang pun melakukan yang baik.? (Mazmur 14:3). Kita telah menentang perintah Tuhan, ?kita semua seperti domba yang sesat? (Yesaya 53:6).
Berita buruk ialah hukuman bagi dosa ialah kematian. ?Nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa yang berdosa, dialah yang akan mati? (Yehezkiel 18:4). Khabar baik ialah Tuhan yang pengasih mencari kita supaya kita boleh diselamatkan. Yesus mengumumkan tujuan Dia datang ke dunia ini adalah untuk ?mencari dan menyelamatkan orang yang sesat? (Lukas 19:10). Dia juga menyatakan tujuannya telah tercapai semasa dia mati di atas salib. Dia berkata,? Sudah selesai? (Yohanes 19:30).
Hubungan baik dengan Tuhan bermula dengan kamu mengakui dosa kamu. Kemudian bertaubat daripada dosa dengan rendah hati kepada Tuhan (Yesaya 57:15) dan berazam meninggalkan cara hidup yang berdosa. ?Kerana kita sungguh-sungguh percaya, kita diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya. Kerana kita mengakui Yesus di hadapan orang, kita diselamatkan.? (Roma 10:10).
Penyesalan ini mesti diikuti dengan kepercayaan. Khasnya, kepercayaan bahawa kematian sebagai korban dan kebangkitan ajaib Yesus yang melayakkan Dia menjadi Penyelamat anda. ?Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa ?Yesus itu Tuhan? dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan? (Roma 10:9). Banyak petikan di dalam Kitab Suci menyatakan perlunya kepercayaan, seperti di Yohanes 20:27, Kisah Rasul-rasul 16:31, Galatia 2:16, 3:11, 26 dan Efesus 2:8.
Berbaik-baik dengan Tuhan ialah reaksi kamu kepada segala yang dilakukan oleh Tuhan demi kebaikan kamu. Tuhan menghantar Penyelamat ke dunia ini, untuk menyediakan pengorbanan bagi membersihkan dosa kamu (Yohanes 1:29), dan Dia juga berjanji bahawa ?Pada masa itu, sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.? (Kisah Para Rasul 2:21).
Satu gambaran penyesalan dan pengampunan dosa ialah cerita ibarat anak yang membazirkan harta bapanya (Lukas 15:11-32). Anak muda itu membazirkan harta bapanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti berdosa (rangkap 13). Apabila dia menyesal dan mengaku kesalahan sendiri, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah bapanya (rangkap 18). Dia ingatkan dia tidak akan diterima sebagai anak bapanya lagi (rangkap 19), tetapi kebimbangannya ternyata salah. Bapanya masih mengasihi anak yang nakal ini seperti dahulu (rangkap 20). Semua kesalahan telah diampuni dan sambutan diadakan untuk menyambut kepulangan anak ini (rangkap 24).
Tuhan selalu menunaikan janjinya dengan tepat, termasuk janji pengampunan dosa. ?Tuhan dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa? (Mazmur 34:19).
Jika kamu hendak berbaik-baik dengan Tuhan, ikutilah doa yang mudah ini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan anda, tetapi hanya kepercayaan pada Kristus yang akan menyelamatkan anda! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya bahawa Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan kekal dan bahagia! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?
Jawapan:
?Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.? ?OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.? ?Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!? ?Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.?
Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. ?Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.? (2 Korintus 4:4).
Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk ?orang yang amat jahat?. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. ?Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati? (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).
?Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya? (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. ?Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka? (Efesus 2:2).
Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. ?Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal?.(Yohanes 3:16). ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.? (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.
?Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.?(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. ?Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu? (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, ?Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.?
Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada ?pengasas agama? yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) ? cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! ?Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan?(Kisah Para Rasul 4:12).
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?
Jawapan:
Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan: ?Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.?(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, ?Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?? Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati. Kitab Injil menyatakan: ?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.? (Yohanes 3:16).
Mula-mula, Kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah ? dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri. ?Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.?(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri. ?Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.? (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana ?Kematian adalah upah dosa? (Roma 6:23).
Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa. ?Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku? (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: ?Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.? (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: ?Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.? (Roma 4:25)
Maka, kembali kepada soalan asal - : ? Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?? Jawapannya ialah ? percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan ? kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31). ?Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah? (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah? (Roma 6:23). Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: ?tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.? (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: ?Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.? (Yohanes 14:3).
Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Terdapatkah kehidupan selepas mati?
Jawapan:
Terdapatkah kehidupan selepas mati? Kitab Injil memberitahu kita bahawa, "Manusia dilahirkan lemah dan tidak berdaya, hidup mereka singkat dan susah. Manusia tumbuh lalu layu seperti bunga-bungaan dan menghilang seperti bayangan? Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? (Ayub 14:1-2, 14)
Seperti Ayub, ramai antara kita dicabar oleh soalan ini. Apakah sebenarnya yang akan berlaku kepada kita selepas mati? Adakah kita tidak akan wujud lagi? Adakah kehidupan merupakan sebuah pintu berputar yang membenarkan kita untuk kembali ke dunia ini bagi mencapai kebesaran diri? Adakah semua orang akan pergi ke tempat yang sama, atau ke tempat yang berlainan? Adakah neraka dan syurga nyata, atau hanya khayalan sahaja?
Kitab Injil bukan hanya mengatakan bahawa terdapat kehidupan selepas mati, tetapi juga kehidupan kekal yang mulia iaitu ?Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia? (1 Korintus 2:9). Yesus Kristus, Tuhan dalam bentuk manusia, datang ke dunia ini untuk memberi kita hadiah dalam bentuk kehidupan kekal. ?Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.? (Yesaya 53:5).
Yesus menggantikan kita untuk menerima hukuman dan mengorbankan nyawa-Nya. Tiga hari selepas kematian-Nya, Dia membuktikan kemenangan-Nya ke atas kematian dengan kebangkitan-Nya, dari segi rohani dan fizikal. Dia berada di dunia selama empat puluh hari dan ribuan orang menjadi saksi-Nya sebelum Dia naik ke Syurga, tempat kediaman kekal-Nya. Roma 4:25 menyatakan, ?Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah?.
Kebangkitan Yesus ialah peristiwa yang tercatat dalam sejarah. Rasul Paulus mencabar mereka yang meragui kebangkitan Yesus, tetapi tiada sesiapa yang dapat mencabar kebenaran-Nya. Kebangkitan Yesus ialah dasar kepercayaan orang Kristian; kerana Kristus hidup semula, maka kita percaya kita akan hidup semula juga.
Paulus menasihati orang Kristian terawal yang tidak percaya dengan kebangkitan Yesus: ?Kami mengisytiharkan bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Mengapa beberapa orang di kalangan kamu berkata bahawa orang mati tidak akan dibangkitkan? Jika orang mati tidak dibangkitkan, hal itu bererti Kristus pun tidak dibangkitkan.? (1 Korintus 15:12-13).
Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus (1 Korintus 15:20-22). Allah sudah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian, demikian juga Allah akan membangkitkan kita daripada kematian dengan kuasa-Nya (1Korintus 6:14).
Walaupun kita semua akan dibangkitkan, tetapi bukan semua orang akan pergi ke syurga. Satu keputusan mesti dibuat sekarang untuk menentukan destinasi kita selepas mati. Kita Injil menyatakan ?Semua orang mesti mati satu kali dan setelah itu dihakimi oleh Allah? (Ibrani 9:27). Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal. (Matius 25:46).
Neraka, seperti syurga, bukan hanya wujud, tetapi merupakan suatu tempat yang nyata. Neraka ialah satu tempat di mana orang yang berdosa akan merasai kemarahan kekal daripada Tuhan. Mereka akan mengalami penyeksaan emosi, mental dan fizikal, menanggung kemaluan, penyesalan dan kehinaan secara sedar.
Neraka dijelaskan sebagai lubang yang sangat dalam (Lukas 8:31, Wahyu 9:1), dan suatu kolam berapi, yang dibakar dengan sulfur, di mana manusia di dalamnya akan diseksa siang malam selama-lamanya (Wahyu 20:10). Mereka semua akan dibuang ke dalam tempat pembakaran yang berapi. Di situ mereka akan menangis dan menderita. (Matius 13:42). Neraka ialah suatu tempat ?di mana ulat tidak akan mati dan api tidak pernah padam? (Markus 9:48). Tuhan tidak suka melihat orang dosa mati. Dia lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. (Yehezkiel 33:11). Namun Tuhan tidak akan memaksa kita patuh kepada-Nya; jika kita membuat pilihan untuk menolak Dia, Dia terpaksalah memberi kita hukuman yang kita mahu ? iaitu terpisah daripada-Nya.
Kehidupan di dunia ialah satu ujian ? satu persiapan bagi segala yang akan datang. Bagi penganut-penganut Kristianiti, segala yang akan datang ialah hidup kekal bersama Tuhan. Jadi bagaimana kita boleh dijadikan betul dan dapat menerima hidup kekal? Hanya satu cara ? melalui kepercayaan dan keyakinan pada anak Tuhan, Yesus Kristus. Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.?" (Yohanes 11:25-26).
Hadiah percuma hidup kekal ini diberikan kepada semua orang, tetapi kita perlu menafikan keselesaan dunia ini dan mempersembahkan diri kita kepada Tuhan.
?Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu, Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya." (Yohanes 3:36). Kita tidak akan diberi peluang untuk menyesali dosa kita selepas mati kerana pada masa itu, kita akan melihat Tuhan dan terpaksa mengakui kebenaran Tuhan. Tuhan ingin kita menerimanya melalui iman dan kasih. Jika kita mengakui dosa kita dan menerima Yesus sebagai penyelamat yang membayar denda dosa kita, kita dijanjikan hidup yang bermakna di dunia sekarang dan juga hidup kekal bersama Kristus di syurga.
Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu ? iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Saya baru percaya kepada Yesus? sekarang apakah yang perlu saya lakukan?
Tahniah! Kamu telah membuat satu keputusan yang boleh menukar nasib hidup kamu! Mungkin kamu bertanya, ?Sekarang apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya perlu mengikut Tuhan dalam perjalanan ini?? Lima langkah di bawah ini akan memberi kamu petunjuk daripada Kitab Injil. Apabila kamu mempunyai soalan sepanjang perjalanan kepercayaan kamu, sila melawat laman http://www.gotquestions.org/Melayu
1. Pastikan kamu memahami penyelamatan.
1 Yohanes 5:13 memberitahu kita, ?Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.? Tuhan mahu kita memahami makna penyelamatan. Tuhan ingin kita mempunyai penuh keyakinan bahawa kita telah diselamatkan. Secara ringkas, biar kita membaca maklumat penting mengenai penyelamatan:
(a) Kita semua telah berdosa. Kita telah melakukan perkara yang tidak dipersetujui oleh Tuhan (Roma 3:23).
(b) Kerana dosa kita, kita patut dihukum dan dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya (Roma 6:23).
(c) Yesus mati di atas salib untuk menebus dosa kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21). Yesus menggantikan kita untuk mati, mengalami hukuman yang sepatutnya dialami oleh kita. Kebangkitan-Nya membuktikan kematian Yesus cukup berkesan untuk menebus dosa kita.
(d) Tuhan memberi pengampunan dosa dan penyelamatan kepada mereka yang percaya kepada Yesus ? percaya kematian-Nya boleh menebus dosa kita (Yohanes 3:16; Roma 5:1, 8:1).
Inilah berita baik penyelamatan! Jika kamu percaya kepada Kristus Yesus dan menerimanya sebagai Penyelamat kamu, kamu akan diselamatkan! Semua dosa kamu diampuni dan Tuhan berjanji tidak akan meninggalkan kamu (Roma 8:38-39; Matius 28:20). Ingat, penyelamatan kamu adalah tetap dalam Yesus (Yohanes 10:28-29). Jika kamu percaya hanya Yesus sahaja merupakan Penyelamat kamu, kamu boleh yakin bahawa kamu akan hidup bersama Tuhan secara abadi di syurga.
2. Mencari sebuah gereja baik yang mengajar Kitab Injil.
Jangan menganggap gereja sebagai sebuah bangunan. Gereja ialah orang kristian. Penting untuk semua penganut kristian berhubung sesama sendiri. Ini adalah tujuan utama gereja. Sekarang kamu telah percaya kepada Tuhan, kami menggalakkan kamu mencari sebuah gereja yang mengikuti ajaran Kitab Injil di kawasan kamu dan berbincang dengan pastor. Biar dia tahu kepercayaan baru kamu pada Yesus Kristus.
Tujuan kedua gereja ialah mengajar Kitab Injil. Kamu boleh belajar mempraktikkan ajaran Tuhan dalam kehidupan. Menghafal Kitab Injil adalah penting supaya kamu dapat menjalani kehidupan agama Kristian yang berjaya dan berkuasa. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan, ?Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.?
Tujuan ketiga gereja ialah memuja Tuhan. Memuja ialah berterima kasih kepada Tuhan kerana kebaikan-Nya. Tuhan telah menyelamatkan kita. Tuhan membekalkan kita rahmat. Tuhan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita. Bolehkah kita tidak berterima kasih kepada Tuhan? Tuhan adalah suci, baik, penuh dengan kasih sayang, belas kasihan dan penuh rahmat. Wahyu 4:11 mengumumkan, "Ya Tuhan dan Allah kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan, kerana Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup."
3. Meluangkan masa setiap hari untuk menberi tumpuan kepada Tuhan.
Adalah sangat penting bagi kita meluangkan masa bersama Tuhan setiap hari. Ada orang yang menamakannya ?masa persendirian?. Ada yang memanggilnya ?masa kesetiaan?, kerana masa itu telah kita dedikasikan kepada Tuhan. Ada orang yang memilih waktu pagi, ada pula yang memilih waktu malam. Pada sebarang waktu pun boleh. Yang penting ialah kamu selalu meluangkan masa bersama Tuhan. Apakah yang perlu kamu lakukan pada masa itu?
(a) Berdoa. Doa ialah cara yang mudah untuk berhubung dengan Tuhan. Berbual dengan Tuhan mengenai beban fikiran dan masalah kamu. Minta Tuhan memberi kamu kebijaksanaan dan petunjuk. Minta Tuhan memenuhi keperluan kamu. Beritahu Tuhan bahawa kamu mengasihi-Nya dan menghargai kebaikan yang dilakukan-Nya kepada kamu. Semua ini ialah perkara yang penting dalam doa.
(b) Membaca Kitab Injil. Selain daripada mempelajari Kitab Injil di gereja ? kamu perlu membaca Kitab Injil sendiri. Kitab Injil mengandungi semua maklumat yang perlu anda ketahui supaya anda boleh menjadi seorang Kristian yang berjaya. Kitab Injil mengandungi petunjuk Tuhan untuk membuat keputusan yang bijak, mengetahui hati Tuhan, bagaimana berhubung dengan orang lain, bagaimana meningkatkan rohani kamu. Kitab Injil ialah Firman Tuhan untuk kita. Kitab Injil ialah petunjuk Tuhan yang amat penting dan ia mengajar kita bagaimana hidup dengan cara yang menggembirakan Tuhan dan memenuhi kepuasan manusia yang baik.
4. Memupuk hubungan dengan orang yang dapat membantu rohani kamu.
1 Korintus 15:33 menyatakan, ?Janganlah kamu tertipu! Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak yang baik.? Kitab Injil penuh dengan amaran bahawa orang jahat akan memberi pengaruh yang buruk kepada kita. Kita akan tergoda untuk berbuat jahat jika bersama dengan orang yang melakukan aktiviti maksiat. Kelakuan mereka yang tidak baik akan mempengaruhi kita. Oleh itu adalah penting untuk kita berhubung dengan mereka yang mengasihi Tuhan dan taat setia kepada-Nya.
Cuba cari satu atau dua kawan, mungkin daripada gereja kamu, orang yang dapat membantu dan menggalakkan kamu (Ibrani 3:13; 10:24). Minta kawan kamu menggalakkan kamu bertanggungjawab kepada Tuhan dalam semua aspek kehidupan kamu. Kamu sendiri pun harus membantu orang lain. Hal ini tidak bermakna kamu perlu memutuskan hubungan dengan kawan-kawan yang tidak percaya kepada Yesus. Sebaliknya, kekalkan persahabatan dan kasihilah mereka. Biar mereka tahu bahawa Yesus telah mengubah nyawa kamu dan kamu tidak boleh mengikut semua perbuatan mereka. Minta Tuhan untuk memberi peluang kepada kamu supaya kamu boleh berkongsi dengan mereka mengenai kebaikan Yesus.
5. Pembaptisan.
Ramai orang salah faham terhadap pembaptisan. Perkataan ?baptis? bermakna terendam di dalam air. Pembaptisan ialah satu upacara rasmi bagi Kristian untuk mengumumkan kepercayaan kamu dan dedikasi kamu terhadap Kristus. Perbuatan terendam ke dalam air bermakna dikebumikan bersama Yesus. Perbuatan keluar dari air bermakna kebangkitan daripada kematian. Pembaptisan menunjukkan kamu bersama Yesus melalui proses kematian, pengebumian dan kebangkitan (Roma 6:3-4).
Pembaptisan tidak akan menyelamatkan kamu. Pembaptisan tidak akan membersihkan dosa kamu. Pembaptisan hanya ialah langkah menunjukkan kesetiaan kamu, mengisytiharkan kepercayaan kamu kepada Yesus di hadapan orang ramai. Pembaptisan adalah penting kerana merupakan satu langkah untuk menunjukkan kesetiaan ? mengumumkan kepercayaan kepada Kristus dan mendedikasikan diri kamu kepada-Nya. Jika kamu bersedia untuk dibaptis, beritahulah pastor gereja kamu.