Pertanyaan-pertanyaan tentang Akhir Zaman
Soalan: Menurut nubuatan akhir zaman, apakah yang akan berlaku?
Jawapan:
Alkitab banyak bercakap tentang akhir zaman. Hampir setiap kitab dalam Alkitab mengandungi nubuatan akhir zaman. Susah sekali mengambil dan menyusun semua nubuat ini. Berikut merupakan rumusan peristiwa akhir zaman yang dinubuatkan dalam Alkitab.
Kristus akan datang mengambil semua orang percaya yang telah dilahirkan kambali dalam satu peristiwa yang disebut sebagai ?pengangkatan? (1 Tesalonika 4:13-18; 1 Korintus 15:51-54). Mereka ini akan menerima upah perbuatan baik dan kesetiaan pelayanan mereka di hadapan taktha pengadilan Kristus atau kehilangan upah mereka kerana kurangnya pelayanan dan ketaatan, tetapi tetap memiliki keselamatan (1 Korintus 3:11-15, 2 Korintus 5:10).
Antikristus (binatang) akan mendapat kuasa dan akan menandatangani satu perjanjian dengan Israel selama tujuh tahun (Daniel 9:27). Masa tujuh tahun ini dikenali sebagai ?masa sengsara?. Pada waktu ini akan ada peperangan, kebuluran, penyakit berjangkit dan pelbagai bencana alam. Tuhan akan melampiaskan murka-Nya ke atas dosa dan kejahatan. Masa kesengsaraan ini memunculkan empat penunggang kuda, tujuh materai, tiupan trompet, dan penghukuman dari piala Tuhan.
Di pertengahan tujuh tahun, antikristus memutuskan perjanjian dengan Israel dan berperang melawannya. Antikristus akan melakukan ?kekejian yang membinasakan? dan akan mendirikan patungnya sendiri untuk disembah di dalam Bait Allah yang akan dibina semula (Daniel 9:27; 2 Tesalonika 2:3-10). Bahagian kedua daripada masa sengsara dikenali sebagai ?masa kesengsaraan yang besar? (Wahyu 7:14) dan ?waktu kesusahan bagi Yakub? (Yeremia 30:7).
Di akhir tujuh tahun sengsara, antikristus akan melancarkan serangan terakhir ke atas Yerusalem. Peperangan ini akan memuncak dalam perang Armagedon. Yesus Kristus datang memusnahkan antiKristus dan tentera-tenteranya lalu membuang mereka ke dalam lautan api (Wahyu 19: 11-21). Kristus akan mengikat Iblis dalam jurang maut selama 1000 tahun dan Dia akan memerintah dalam kerajaan-Nya di atas muka bumi selama seribu tahun (Wahyu 20:1-6).
Di akhir seribu tahun, Iblis dilepaskan tetapi akan dikalahkan semula dan dibuang ke dalam lautan api (Wahyu 20: 7-10). Kemudian Kristus akan duduk di atas taktha putih yang besar menghakimi orang-orang yang tidak percaya. Akhirnya Kristus membawa masuk langit dan bumi yang baru bersama Yerusalem Baru iaitu tempat kediaman kekal orang-orang percaya. Tidak ada lagi dosa, dukacita dan maut di dalamnya (Wahyu 21:22).
Soalan: Apakah tanda-tanda akhir zaman?
Jawapan:
Matius 24: 5-8 memberikan kita beberapa petunjuk penting supaya kita dapat mengenal kedatangan akhir zaman yang semakin hampir ?Sebab banyak orang akan datang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah Mesias, dan mereka akan menyesatkan banyak orang. Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di pelbagai tempat.? Pertambahan messias-messias palsu, peperangan, kebuluran, penyakit berjangkit, dan bencana alam?semua ini merupakan tanda-tanda akhir zaman. Namun dalam bahagian Firman Tuhan ini kita diberikan amaran supaya tidak mudah terpedaya sebab semua itu merupakan permulaan rasa sakit bersalin, sedangkan akhir zaman masih jauh lagi.
Beberapa penafsir melihat setiap gempa bumi, pergolakan politik dan setiap serangan ke atas Israel sebagai petanda bahawa akhir zaman sedang rancak berlaku. Walaupun peristiwa-peristiwa ini memberi isyarat terhadap akhir zaman namun bukan petanda bahawa akhir zaman sudah tiba. Rasul Paulus memberikan amaran bahawa akhir zaman akan diwarnai dengan kemunculan banyak pengajaran-pengajaran yang palsu. ?Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan? (1 Timotius 4:1). Akhir zaman digambarkan sebagai ?masa yang sukar? disebabkan bertambahnya kejahatan manusia dan orang-orang yang melawan kebenaran secara aktif (2 Timotius 3:1-9; see also 2 Tesalonika 2:3).
Petanda lain termasuklah pembangunan semula Bait Allah di Yerusalem, kebencian semakin meningkat terhadap Israel dan pergerakan ke arah satu kerajaan dunia. Tanda akhir zaman yang paling menonjol adalah negara Israel. Dalam tahun 1948 negara Israel diakui sebagai sebuah negara berdaulat untuk kali pertama sejak tahun 70 M. Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa keturuannnya akan memiliki Kanaan sebagai ?milik selama-lamanya? (Kejadian 17:8). Yehezkiel telah menubuatkan kebangkitan bangsa Israel (Yehezkiel 37). Israel sebagai sebuah negara di atas tanahnya sendiri adalah penting dalam nubuatan akhir zaman (Daniel 10:14; 11:41;Wahyu 11:8).
Dengan tanda-tanda ini kita dapat menilai dengan bijak tentang apa yang dijangka akan berlaku di akhir zaman. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara tersendiri sebagai petanda yang jelas bahawa akhir zaman sudah di ambang pintu. Tuhan telah memberikan kepada kita banyak maklumat supaya kita bersedia, dan kita dipanggil untuk bersedia di setiap waktu.
Soalan: Apakah pengangkatan gereja?
Jawapan:
Perkataan ?pengangkatan? tidak ada dalam Alkitab. Bagaimanapun konsep pengangkatan jelas diajarkan dalam Alkitab. Pengangkatan gereja merupakan peristiwa Tuhan mengambil semua orang percaya untuk memberi laluan kepada penghukuman-Nya ke atas bumi sewaktu masa kesengsaraan. Pengangkatan dihuraikan dalam 1 Tesalonika 4:13-18 dan 1 Korintus 15:50-54. Tuhan akan membangkitkan semua orang percaya yang telah meninggal dunia, memberi mereka tubuh kemuliaan dan mengambil mereka dari bumi bersama-sama dengan orang-orang percaya yang masih hidup, yang juga akan menerima tubuh kemuliaan ?Maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan? (1 Tesalonika 4:16-17).
Pengangkatan akan berlaku dengan sekelip mata dan kita akan menerima tubuh lemuliaan pada ketika itu, ?Sesungguhnya aku menyatakan kepadamu suatu rahasia: kita tidak akan mati semuanya, tetapi kita semuanya akan diubah,dalam sekejap mata, pada waktu bunyi nafiri yang terakhir. Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita semua akan diuba? (1 Korintus 15:51-52). Pengangkatan merupakan peristiwa gilang gemilang yang sepatutnya kita semua rindukan. Akhirnya kita akan benar-benar bebas daripada dosa. Kita akan berada dalam hadirat Tuhan selama-lamanya. Terdapat banyak perdebatan berhubung erti dan ruang lingkup pengangkatan. Tuhan tidak mahu kita berdebat. Sebaliknya, Tuhan mahu supaya kita ?menghibur seorang akan yang lain dengan perkataan-perkataan ini? (1 Tesalonika 4:18).
Soalan: Apakah masa kesengsaraan? Bagaimanakah kita tahu masa sengsara akan mengambil masa selama 7 tahun?
Jawapan:
Masa kesengsaraan adalah satu masa selama tujuh tahun di masa depan di mana Tuhan akan menamatkan pendisiplin-Nya ke atas Israel dan membawa penghukuman terakhir ke atas dunia yang tidak percaya. Gereja yang terdiri daripada semua orang yang percaya dan berharap kepada peribadi dan karya yang telah diselesaikan Kristus untuk menyelamatkan mereka daripada dihukum kerana dosa, tidak akan hadir pada waktu ini. Gereja akan dipindahkan dari bumi dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai pengangkatan (1 Tesalonika 4:13-18; 1 Korintus 15:51-53). Gereja selamat daripada murka yang akan datang (1 Tesalonika 5:9). Hari kesengsaraan ini disebut juga dengan nama lain dalam Firman Tuhan seperti ?Hari Tuhan? (Yesaya 2:12; 13:6-9; Yoel 1:15; 2:1-31; 3:14; 1 Tesalonika 5:2), hari kesengsaraan besar, yang merujuk kepada bahagian kedua daripada tujuh tahun yang lebih teruk (Matius 24:21); waktu kesesakan (Daniel 12:1; Zefanya 1:15) dan waktu kesusahan bagi Yakub (Yeremia 30:7).
Pengertian terhadap Daniel 9:24-27 adalah penting untuk memahami tujuan dan masa berlakunya masa kesengsaraan. Bahagian Firman ini bercakap tentang 70 minggu yang telah diisytiharkan terhadap ?bangsa? Daniel. Bangsa Daniel adalah bangsa Yahudi, negara Israel, dan Daniel 9:24 bercakap tentang masa yang Tuhan telah berikan?untuk melenyapkan kefasikan, untuk mengakhiri dosa, untuk menghapuskan kesalahan, untuk mendatangkan keadilan yang kekal, untuk menggenapkan penglihatan dan nabi, dan untuk mengurapi yang maha kudus.? Tuhan mengisytiharkan ?tujuh pujuh kali tujuh? tahun untuk menggenapi semua ini. Ini merupakan 70 tujuh tahun, atau 490 tahun. Ini diteguhkan di tempat lain dalam bahagian kitab Daniel. Dayat ayat 26 dan 26, Daniel diberitahu messias akan disingkirkan selepas ?keenam puluh dua kali tujuh masa? (jumlah semua 69), bermula dengan perintah yang telah dikeluarkan untuk membangun semula Yerusalem. Dalam kata lain, 69 kali tujuh tahun (483 tahun) selepas perintah untuk membangun semula Yerusalem dikeluarkan, messias akan disingkirkan. Sejarawan Alkitab mengesahkan selama 483 tahun berlalu sejak dikeluarkan perintah untuk membangun semula Yerusalem kepada tahun di mana Yesus telah disalibkan. Semua kesarjanaan Kristian-apapun pandangan mereka tentang perkara-perkara terakhir (eskatologi)-mempunyai pandangan yang sama seperti di atas berhubung 70 minggu Daniel.
Dengan 483 tahun telah berlalu sejak perintah membangun semula Yerusalem kepada penyingkiran messias, terdapat satu masa selama 7 tahun lagi yang perlu digenapi seperti yang tertulis dalam Daniel 9:24: ?untuk melenyapkan kefasikan, untuk mengakhiri dosa, untuk menghapuskan kesalahan, untuk mendatangkan keadilan yang kekal, untuk menggenapkan penglihatan dan nabi, dan untuk mengurapi yang maha kudus.? Masa tujuh tahun terakhir ini dikenali sebagai masa kesengsaraan -ini adalah masa di mana Tuhan menyelesaikan penghukuman ke atas Israel kerana dosa-dosanya.
Daniel 9:27 memberikan beberapa penekanan kepada tujuh tahun masa sengsara: ?Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan it.? Peribadi yang disebut dalam ayat ini merupakan peribadi yang Yesus gelar ?Pembinasa keji berdiri di tempat kudus? (Matius 24:15) dan disebut sebagai ?binatang? dalam Wahyu 13. Daniel 9:27 berkata binatang itu akan membuat satu perjanjian selama 7 tahun, tetapi di pertengahan minggu (3 1/2 tahun dalam masa sengsara), dia akan melanggar perjanjian itu dan menghentikan upacara korban. Wahyu 13 memberitahu binatang itu akan meletakkan patungnya di dalam bait Allah dan menuntut dunia untuk menyembahnya. Wahtyu 13: 5 berkata ini akan berjalan selama 42 bulan iaitu selama tiga setengah tahun. Memandangkan Daniel 9:27 berkata ini akan berlaku di pertengahan minggu, dan Wahyu 13: 5 berkata binatang akan melakukan ini selama 42 bulan maka mudah untuk mendapat jumlah masa 84 bulan atau tujuh tahun. Lihat juga Daniel 7:25 di mana ?satu masa dan dua masa dan setengah masa? (masa=1 tahun; dua masa=2 tahun; setengah masa=1/2 tahun; jumlah of 3 1/2 tahun) juga merujuk kepada ?masa kesengsaraan,? bahagian terakhir daripada tujuh tahun apabila binatang itu akan memerintah.
Untuk rujukan tambahan tentang masa sengsara,rujuk Wahyu 11:2-3 yang bercakap tentang 1260 hari dan 42 bulan, dan Daniel 12:11-12 yang bercakap tentang 1290 hari dan 1335 hati. Hari-hari ini mempunyai rujukan kepada pertengahan masa sengsara. Tambahan hari dalam Daniel mungkin mengambil kira hari-hari terakhir untuk penghukuman ke atas bangsa-bangsa (Matius 25:31-46) dan untuk mendirikan Kerajaan seribu tahun Kristus (Wahyu 20:4-6).
Soalan: Bilakah pengangkatan akan berlaku dalam hubungannya dengan masa sengsara?
Jawapan:
Masa pengangkatan gereja dalam hubungannya dengan masa sengsara merupakan salah satu isu paling kontroversi dalam gereja sekarang ini. Tiga pandangan utama adalah sebelum-sengsara (pengangkatan berlaku sebelum sengsara), pertengahan-sengsara (pengangkatan berlaku di pertengahan masa sengsara) dan selepas-sengsara (pengangkatan berlaku selepas masa sengsara). Satu pandangan keempat di kenali sebagai sebelum-murka merupakan pandangan pertengahan-sengsara dengan beberapa ubah suai.
Penting untuk memahami tujuan masa sengsara. Menurut Daniel 9:27, terdapat satu kali tujuh masa ?tujuh? (tujuh tahun) yang masih akan datang. Keseluruhan nubuatan Daniel tentang tujuh puluh kali tujuh masa (Daniel 9:20-27) adalah bercakap tentang Israel. Ianya merupakan satu masa di mana Tuhan memberikan perhatian khusus terhadap Israel. Masa tujuh puluh kali tujuh, masa-sengsara juga adalah masa Tuhan berurusan secara khusus dengan Israel. Walaupun ini tidak selalu menunjukkan bahwa gereja tidak hadir, ia membawa pertanyaan mengapa gereja harus ada di atas bumi selama waktu itu.
Bahagian Firman yang bercakap tentang pengangkatan terdapat dalam 1 Tesalonika 4:13-18. Di sana dikatakan bahawa semua orang-orang percaya yang masih hidup bersama-sama dengan orang-orang percaya yang telah meninggal dunia akan berjumpa dengan Tuhan di udara dan akan bersama-sama dengan Tuhan selama-lamanya. Pengangkatan adalah Tuhan memindahkan umat-Nya dari bumi. Dalam ayat menyusuli dalam 1 Tesalonika 5: 9, Paulus berkata, ?Karena Allah tidak menetapkan kita untuk ditimpa murka, tetapi untuk beroleh keselamatan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.? Kitab Wahyu yang banyak bercakap tentang masa-sengsara, merupakan mesej nubuatan tentang bagaimana Tuhan akan melampiaskan murka-Nya ke atas muka bumi. Tuhan tidak bersifat konsisten apabila Dia berjanji orang-orang percaya tidak akan menderita murka Tuhan tetapi kemudian meninggalkan mereka di bumi untuk melalui masa sengsara. Kenyataan Tuhan untuk menyelamatkan orang-orang Kristian dari murka dengan segera setelah berjanji untuk mengambil umatNya dari bumi nampak seperti bercakap tentang perkara yang sama.
Satu lagi petikan penting waktu pengangkatan terdapat dalam Wahyu 3:10, di mana Kristus berjanji untuk membebaskan orang-orang dari "hari pencobaan" yang akan datang ke atas bumi. Hal ini memberikan dua pengertian: Samada Kristus akan melindungi orang-orang percaya sewaktu masa sengsara, atau Ia akan melepaskan orang-orang percaya dari masa-sengsara. Kedua-duanya merupakan erti yang sah kepada perkataan Yunani yang diterjemahkan ?dari?. Bagaimanapun penting mengingati perlindungan daripada masa sengsara yang dijanjikan Tuhan terhadap orang-orang percaya. Kristus berjanji untuk menjauhkan orang-orang percaya daripada masa pencobaan yang akan datang ke atas seluruh dunia.
Tujuan masa sengsara,tujuan pengangkatan, erti kepada 1 Tesalonika 5:9, dan penafsiran Wahyu 3:10 semua ini menyokong kedudukan pengangkatan sebelum masa sengsara. Kalau Alkitab ditafsir secara harfiah dan konsisten maka kedudukan sebelum masa sengsara merupakan penafsiran yang paling Alkitabiah.
Soalan: Apakah kedatangan Yesus Kristus yang kedua kali?
Jawapan:
Kedatangan Yesus Kristus kedua kali merupakan pengharapan semua orang percaya dalam Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu dan setia kepada janji-janji dan nubuatan-nubuatan dalam Firman-Nya. Dalam kedatangan-Nya yang pertama kali, Yesus Kristus telah datang ke dalam dunia sebagai seorang bayi sebagaimana telah dinubuatkan. Sempena kelahiran, kehidupan, pelayanan, kematian dan kebangkitan-Nya, Yesus Kristus telah menggenapi banyak nubuatan tentang messias. Bagaimanapun masih terdapat beberapa nubuatan berhubung messias yang belum digenapi Yesus. Kedatangan Yesus Kristus kedua kali merupakan kedatangan-Nya untuk menggenapi nubuatan-nubuatan yang belum digenapi. Sewaktu kedatangan-Nya yang pertama kali Yesus merupakan Hamba yang menderita. Dalam kedatangan-Nya yang kedua kali, Yesus akan datang sebagai Raja Pemenang. Dalam kedatangan-Nya pertama kali, Yesus datang dalam keadaan yang sangat sederhana. Dalam kedatangan-Nya yang kedua kali, Yesus akan datang dengan bala tentera syurga di sisi-Nya.
Nabi-nabi Perjanjian Lama tidak memberi perbezaan yang jelas di antara dua kedatangan ini. Ini dapat dilihat dalam Yesaya 7:14, 9:6-7 dan Zakharia 14:4. Akibat daripada dua nubuatan yang seperti bercakap tentang dua orang messias, ramai cendikiawan Yahudi percaya akan ada seorang messias yang menderita dan seorang lagi messias pemenang. Mereka gagal melihat bahawa hanya ada seorang saja messias yang akan menggenapi kedua-duanya. Yesus menggenapi peranan messias yang menderita sewaktu kedatangan-Nya yang pertama kali. Yesus juga akan menggenapi peranan-Nya sebagai pelepas dan Raja Israel pada waktu kedatangan-Nya kedua kali. Zakharia 12:10 and Wahyu 1:7, menjelaskan keadaan manusia ketika kedatangan Yesus kedua kali. Sambil melihat kepada Yesus yang disalib, Israel dan seluruh dunia akan bersedih kerana tidak menerima messias sewaktu kedatangan-Nya kali pertama.
Setelah Yesus naik ke syurga malaikat-malaikat berkata, ?"Hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke syurga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke syurga (Kisah 1:11). Zakharia 14:4 mengenal pasti tempat kedatangan Yesus yang kedua kali di Bukit Zaitun. Matius 24:30 mengisytihar, ?Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Ny.? Titus 2:13 menggambarkan kedatangan kedua kali sebagai?penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar.?
Kedatangan Yesus Kristus kedua kali disebut dengan sangat terperinci dalam Wahyu 19:11-16, ?Lalu aku melihat syurga terbuka: Sesungguhnya, ada seekor kuda putih; dan Ia yang menungganginya bernama: "Yang Setia dan Yang Benar", Ia menghakimi dan berperang dengan adil. Dan mata-Nya bagaikan nyala api dan di atas kepala-Nya terdapat banyak mahkota dan pada-Nya ada tertulis suatu nama yang tidak diketahui seorang pun, kecuali Ia sendiri. Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."Dan semua pasukan yang di syurga mengikuti Dia; mereka menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih. Dan dari mulut-Nya keluarlah sebilah pedang tajam yang akan memukul segala bangsa. Dan Ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan Ia akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah, Yang Mahakuasa. Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tua.?
Soalan: Apakah Kerajaan 1000 tahun, dan adakah kita harus memahaminya secara harfiah?
Jawapan:
Kerajaan seribu tahun merupakan sebutan kepada pemerintahan Yesus Kristus selama seribu tahun di atas muka bumi ini. Beberapa orang menafsirkan masa seribu tahun itu sebagai satu lambang. Beberapa orang pula memahami 1000 tahun sebagai satu kiasan untuk ?satu jangkawaktu yang sangat panjang? dan bukan secara harfiah bercakap tentang pemerintahan Kristus yang secara nyata di atas muka bumi ini. Bagaimanapun, kerajaan seribu tahun secara khusus telah disebut sebanyak enam kali dalam Wahyu 20:2-7. Sekiranya Tuhan mahu menyatakan satu masa yang panjang dengan mudah Dia dapat melakukannya tanpa berulangkali menyebut satu jangka waktu yang tertentu.
Alkitab berkata apabila Kristus kembali ke bumi Dia akan meletakkan diri-Nya sebagai Raja di Yerusalem, bertaktha di atas taktha Daud (Lukas 1:32-33). Perjanjian yang tidak bersyarat ini menuntut kepulangan Kristus secara harfiah untuk mendirikan kerajaan itu. Perjanjian Abraham menjanjikan Israel sebuah tanah air, satu keturunan pemerintah dan satu berkat rohani (Kejadian 12:1). Perjanjian Palestin menjanjikan pemulihan Israel ke tanah dan penguasaan ke atas tanah itu (Ulangan 30:1-10). Perjanjian Daud menjanjikan pengampunan kepada Israel ? yang mana melaluinya bangsa-bangsa akan diberkati (Yeremia 31: 31-34)
Sewaktu kedatangan kali kedua, perjanjian-perjanjian ini akan digenapi apabila Israel dikumpulkan semula dari antara bangsa-bangsa (Matius 24:31), menjadi percaya (Zakharia 12:10-14), dan dikembalikan ke tanah itu di bawah pemerintahan Messias, iaitu Yesus Kristus. Alkitab bercakap tentang keadaan persekitaran sewaktu kerajaan seribu tahun sebagai sempurna secara fisikal dan rohani. Ia akan menjadi satu masa yang aman (Mikha 4:2-4; Yesaya 32;17-18), sukacita (Yesaya 61:7, 10), penghiburan (Yesaya 40:1-2), dan tidak ada kemiskinan mahupun penyakit (Amos 9:13-15; Yoel 2:28-29). Alkitab juga berkata hanya orang-orang percaya yang akan memasuki kerajaan 1000 tahun. Oleh sebab itu, ianya akan menjadi satu masa di mana akan terdapat keadilan (Mazmur 24:3-4), ketaatan (Yeremia 31:33), kekudusan (Yesaya 35:8), kebenaran (Yesaya 65:16), dan kepenuhan Roh Kudus (Yoel 2:28-29). Kristus akan memerintah selaku Raja (Yesaya 9:3-7;11:1-10), dengan Daud sebagai Pemangku-Nya (Yeremia 33:15-21; Amos 9:11). Para bangsawan dan gabenor-gabenor juga akan memerintah (Yesaya 32:1; Matius 19:28) dan Yerusalem akan menjadi pusat politik sedunia (Zakharia 8:3).
Wahyu 20:2-7 memberikan jangka waktu yang tepat untuk kerajaan seribu tahun. Walaupun tanpa ayat-ayat ini, masih terdapat banyak bahagian Firman Tuhan yang bercakap tentang pemerintahan messias di atas muka bumi yang secara harfiah. Penggenapan untuk banyak perjanjian-perjanjian Tuhan dalam Alkitab berdiri di atas suatu kerajaan secara harfiah di masa depan. Tidak ada dasar yang kukuh bagi menolak penafsiran harfiah untuk kerajaan seribu tahun.