Pertanyaan-pertanyaan tentang perhubungan
Soalan: Adakah betul bagi seorang Kristian mengadakan temu-janji atau berkahwin dengan seorang yang bukan Kristian?
Jawapan:
Bagi seorang Kristian, mengadakan temu-janji dengan seorang bukan Kristian adalah tidak bijak dan berkahwin dengan seorang bukan Kristian bukanlah satu pilihan. 2 Korintus 6:14 memberitahu kita agar jangan menjadi ?pasangan tidak seimbang ? dengan orang yang tidak percaya. Gambaran dalam nasihat ini adalah dua ekor lembu yang tidak sepadan ukuran badan berkongsi kuk yang sama. Pasangan lembu yang tidak seimbang tidak akan bekerjasama untuk menarik beban melainkan akan menentang satu sama lain. Walaupun bahagian ini bukan bercakap tentang perkahwinan secara khusus, namun ia mempunyai implikasi terhadap perkahwinan. Bahagian ini selanjutnya berkata tentang tidak ada keharmonian di antara Kristus dan Belial (Syaitan/Iblis). Tidak akan ada keharmonian rohani dalam perkahwinan di antara seorang Kristian dengan seorang bukan Kristian. Paulus memperingatkan orang-orang percaya bahawa mereka merupakan bait Roh Kudus yang mendiami hati mereka sejak hari penyelamatan (2 Korintus 6:15-17). Disebabkan hal itu mereka perlu dipisahkan daripada dunia. Mereka masih berada di dalam dunia ini, tetapi bukan berasal dari dunia. Tidak ada tempat yang lebih mementingkan kebenaran ini selain perhubungan dalam dunia yang paling intim iaitu perkahwinan.
Alkitab juga berkata, ?Janganlah kamu sesat: Pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik? (1 Korintus 15:33). Dengan sangat cepat hubungan intim dengan seorang yang tidak percaya dapat menjadi penghalang kepada perjalanan hidup bersama Kristus. Kita dipanggil untuk menginjil mereka yang hilang bukan untuk mengadakan hubungan intim dengan mereka. Bukan menjadi satu kesalahan untuk menjalinkan persahabatan karib dengan seorang yang belum percaya tetapi sempadannya cukup sampai di sana. Sekiranya anda membuat temu-janji dengan seorang yang belum percaya, dengan jujur apakah yang menjadi keutamaan anda, berasmara atau memenangkan jiwa bagi Kristus? Sekiranya anda berkahwin dengan seorang yang tidak percaya, bagaimanakah mungkin anda dapat memupuk keintiman rohani dalam perkahwinan anda? Bagaimana mungkin kuaiti perkahwinan dipertahankan apabila anda sering tidak bersetuju berhubung perkara yang paling mustahak dalam dunia iaitu berkenaan Tuhan Yesus Kristus?
Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang seks sebelum nikah/seks pranikah?
Jawapan:
Bersama dengan semua jenis seksual yang tidak bermoral, seks sebelum nikah/seks pranikah berulangkali dikecam dalam Firman Tuhan (Kisah Para Rasul 15:20;Roma 1:29; 1 Korintus 5:1;6:13,18;7:2;10:8; 2 Corinthians 12;21; Galatia 5:19; Efesus 5:3;Kolose 3:5; 1 Tesalonika 4:3; Yudas 7). Alkitab mempromosi pengekangan diri sebelum nikah. Seks sebelum nikah sama salahnya dengan perzinahan dan semua bentuk dosa seksual lainnya, sebab ianya melibatkan hubungan seks dengan seseorang yang bukan dinikahkan dengan anda. Seks di antara suami dan isteri adalah satu-satunya hubungan seks yang diterima oleh Tuhan(Ibrani 13:4).
Seks sebelum nikah telah menjadi satu kebiasaan disebabkan oleh banyak sebab. Terlalu sering kita memfokus kepada aspek ?rekreasi? seks tanpa mengenal aspek ?kejadian-semula?. Benar,seks itu sangat nikmat. Tuhan yang telah menentukannya sedemikian rupa. Dia mahu supaya lelaki dan wanita menikmati kegiatan seks (dalam sempadan pernikahan). Bagaimanapun, tujuan utama kepada seks adalah pembiakan dan bukan kenikmatan. Tuhan mengharamkan seks sebelum nikah bukan untuk merampas nikmat kita melainkan untuk menjaga kita daripada kehamilan yang tidak diingini dan anak-anak yang lahir kepada ibubapa yang tidak memerlukan mereka atau yang belum bersedia. Bayangkan betapa indahnya dunia kita ini sekiranya pola Tuhan untuk seks diikuti:
Kurang penyakit berjangkit melalui seks, kurang ibu yang tidak berkahwin,kurang kehamilan yang tidak diingini, dsb. Polisi Tuhan bila bercakap tentang seks sebelum bernikah hanyalah pengekangan diri. Pengekangan diri menyelamatkan nyawa, melindungi bayi-bayi, memberi nilai sebenar kepada hubungan seks, dan yang paling penting ia menghormati Tuhan.
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang berpacaran/masa bercinta?
Jawapan:
Walaupun perkataan ?masa bercinta? dan ?berpacaran? tidak ditemui dalam Alkitab, kita diberikan beberapa prinsip yang perlu dijadikan garispanduan orang-orang Kristian sebelum berkahwin. Prinsip pertama adalah kita perlu berpisah dengan fahaman dunia tentang berpacaran kerana ia bertentangan dengan jalan-jalan Tuhan (2 Petrus 2:20). Pandangan dunia berkata berpacaranlah sebanyak yang kita mahu, sedangkan perkara yang penting adalah untuk mengenali watak seseorang itu sebelum membuat sebarang komitmen dengannya. Kita perlu memeriksa sama orang itu telah dilahirkan kembali dalam Roh (Yohanes 3:3-8) dan juga mempunyai kerinduan untuk menjadi sama seperti Kristus (Filipi 2:5). Sasaran utama dalam berpacaran adalah untuk mendapatkan pasangan. Alkitab berkata orang-orang Kristian seharusnya tidak berkahwin dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Korintus 6:14-15) kerana ini akan melemahkan hubungan kita dengan Yesus dan membuat kita berkompromi dari segi moral.
Apabila seseorang berada dalam hubungan yang berkomitmen,samada berpacaran atau masa bercinta, jangan lupa untuk mengasihi Tuhan di atas segala sesuatu. Ini sangat penting (Matius 10:37). Sekiranya seseorang itu dianggap sebagai ?segalanya? atau ?yang terpenting? dalam kehidupan seseorang, itu merupakan penyembahan berhala dan dosa (Galatia 5:20; Kolose 3:5). Kita tidak boleh menajiskan diri kita dengan seks sebelum nikah (1 Korintus 6:9, 13; 2 Timotius 2:22). Dosa-dosa seks bukan hanya merupakan dosa terhadap Tuhan tetapi juga terhadap tubuh kita sendiri (1 Korintus 6:18). Sangat penting untuk mengasihi dan menghormati orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita (Roma 12:9-10). Ini sangat benar dalam hubungan pacaran/masa bercinta. Mentaati prinsip-prinsip Alkitabiah ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan dasar perkahwinan yang teguh. Berkahwin merupakan salah satu keputusan sangat yang penting perlu kita lakukan, sebab setelah berkahwin mereka akan menjadi satu daging. Tuhan mahu agar hubungan ini berkekalan dan tidak dipisahkan (Kejadian 2:24;Matius 19:5).
Soalan: Bagaimanakah saya tahu bahawa saya sedang bercinta?
Jawapan:
Cinta adalah satu perasaan emosi yang sangat kuat. Ia sangat memotivasikan kehidupan kita. Kita membuat banyak keputusan penting berdasarkan perasaan ini dan berkahwin sebab kita merasa ?di lamun cinta?. Ini mungkin penyebab perceraian kepada lebih separuh perkahwinan kali pertama . Alkitab berkata cinta sejati bukanlah perasaan yang boleh datang dan pergi. Cinta sejati tidak boleh datang dan pergi sebab ia merupakan satu keputusan. Kita tidak hanya mengasihi mereka yang mengasihi kita tetapi lebih lagi terhadap orang yang membenci kita sebagaimana Kristus mengasihi orang-orang yang sukar dikasihi (Lukas 6:35). ?Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu? (Korintus 13:4-7).
Mudah sekali untuk ?jatuh cinta? dengan seseorang, tetapi ada beberapa pertanyaan yang perlu dijawab samada perasaan kita itu merupakan cinta sejati. Pertama, adakah orang ini seorang Kristian? Adakah orang ini telah menyerahkan hidupnya kepada Kristus? Adakah dia berharap sepenuhnya kepada Kristus untuk keselamatannya? Kedua, apabila anda mempertimbangkan untuk memberikan hati dan perasaan anda kepada seseorang, anda perlu bertanya samada anda bersedia mementingkan orang itu melebihi orang lain dan hubungan anda mendapat tempat kedua hanya kepada hubungan peribadi anda dengan Tuhan? Alkitab berkata apabila dua orang berkahwin, mereka menjadi satu daging (Kejadian 2:24; Matius 19:5).
Kita juga perlu mempertimbangkan samada orang yang kita cintai itu merupakan calon pasangan hidup yang baik. Sudahkah dia meletakkan Tuhan sebagai yang terutama dalam kehidupannya? Dapatkah orang ini memberikan waktu dan tenaganya untuk membina perhubungan ke dalam perkahwinan yang akan bertahan? Tidak ada pengukur untuk mempastikan keadaan yang benar-benar sedang bercinta dengan seseorang, tetapi sangat penting untuk menilai samada kita mengikut kehendak Tuhan bagi hidup kita atau sekadar mengikut perasaan. Cinta sejati merupakan keputusan dan bukan perasaan. Cinta sebenar menurut Alkitab adalah cinta yang akan terus mencintai seseorang pada segala waktu dan bukan hanya sewaktu sedang ?dilamun cinta?.
Soalan: Adakah salah bagi pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin?
Jawapan:
Jawaban kepada pertanyaan ini tertakluk kepada apa yang dimaksudkan dengan ?tinggal bersama.? Sekiranya ianya bererti mengadakan hubungan seks, maka jawabannya memang salah. Seks sebelum berkahwin dan perkara-perkara tidak bermoral dikecam berulangkali dalam Firman Tuhan. Alkitab mempromosi penahanan diri sepenuh di luar dan sebelum berkahwin. Seks sebelum berkahwin adalah salah sebagaimana perzinahan dan perkara-perkara tidak bermoral sebab semua itu melibatkan hubungan seks dengan orang yang bukan pasangan perkahwinan kita.
Sekiranya ?tinggal bersama? bererti tinggal serumah, mungkin itu satu isu yang berbeza. Tentu saja tidak menjadi kesalahan bagi seorang lelaki dan seorang wanita untuk tinggal dalam sebuah rumah yang sama - sekiranya tidak melibatkan perkara-perkara tidak bermoral berlaku. Namun masalah timbul kerana adanya rupa-rupa kecemaran (1 Tesalonika 5:22; Efesus 5:3), dan ianya akan menjadi satu godaan yang sangat besar ke arah perkara tidak bermoral. Alkitab menyuruh kita agar menjauhkan diri daripada percabulan (1 Korintus 6:18). Masalah penampilan diri juga terlibat. Pasangan yang tinggal bersama dianggap sudah tidur bersama - begitulah lumrah hidupan. Walaupun bukan berdosa untuk tinggal serumah namun rupa-rupa kecemaran itu ada. Alkitab menyuruh kita untuk menjauhkan diri daripada rupa-rupa kecemaran (1 Tesalonika 5:22; Efesus 5:3),percabulan dan jangan membuatkan orang lain tersandung atau disakiti. Maka dengan itu, tinggal bersama sebelum berkahwin bukanlah satu perbuatan yang menghormati Tuhan.
Soalan: Apakah tahap keintiman yang sesuai sebelum berkahwin?
Jawapan:
Efesus 5:3 berkata, ?Tetapi percabulan dan rupa-rupa kecemaran atau keserakahan disebut saja pun jangan di antara kamu, sebagaimana sepatutnya bagi orang-orang kudus.? Apa juga yang berbau seks yang tidak bermoral adalah tidak sesuai bagi seorang Kristian. Alkitab tidak memberikan kita satu senarai perkara yang dapat disebut sebagai berbau seks tidak bermoral atau memberitahu kegiatan fizikal yang diperbolehkan sebelum berkahwin. Walaupun tidak ada disebut, ini bukan bererti Tuhan bersetuju dengan hubungan seks sebelum berkahwin. Percumbuan ditentukan bagi menyediakan pasangan untuk mengadakan hubungan seks. Oleh yang demikian percumbuan perlu dielak sehinggalah berkahwin.
Apabila ada keraguan tentang suatu kegiatan bagi pasangan yang belum berkahwin, itu haruslah dielakkan (Roma 14:23). Hubungan seksual perlu diperketatkan hanya kepada pasangan yang telah berkahwin. Pasangan yang belum berkahwin harus menjauhi kegiatan-kegiatan yang dapat menggoda mereka untuk melakukan seks, sesuatu yang mempunyai rupa-rupa kecemaran atau kegiatan yang boleh disebut sebagai percumbuan. Ramai pastor-pastor dan penasihat-penasihat Kristian membuat ketegasan supaya pasangan tidak melebihi sempadan berpegang tangan, pelukan dan ciuman ringan sebelum berkahwin. Lebih banyak perkara yang khas dikongsikan di antara pasangan akan menjadikan perkahwinan itu lebih istimewa dan unik.
Soalan: Bagaimanakah saya dapat bersedia untuk berkahwin?
Jawapan:
Menyediakan diri untuk berkahwin secara Alkitabiah adalah sama dengan bersedia untuk semua usaha kehidupan yang lain. Terdapat satu prinsip yang harus mengatur kehidupan kita sebagai orang-orang yang telah dilahirkan kembali: ?"Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu? (Matius 22:37). Ini bukan satu perintah sambil lewa. Ini merupakan bahagian terpenting dalam hidup kita sebagai orang-orang percaya. Ianya memilih untuk menumpukan kepada Tuhan dan Firman-Nya dengan segenap hati supaya jiwa dan minda kita akan dikuasai oleh perkara-perkara yang akan menyenangkan hati-Nya.
Perhubungan kita dengan Tuhan Allah melalui Tuhan Yesus Kristus meletakkan semua perhubungan yang lain pada tempatnya. Perhubungan perkahwinan didasarkan pada teladan Kristus dan gereja-Nya (Efesus 5:22-33). Selaku orang-orang percaya, setiap segi kehidupan kita diataur oleh komitmen kita untuk hidup menurut perintah dan ketetapan Tuhan kita. Ketaatan kita kepada Tuhan dan Firman-Nya melengkapkan kita untuk memenuhi peranan yang Tuhan telah berikan kepada kita dalam perkahwinan dan peranan kita di dalam dunia. Peranan untuk semua orang Kristian adalah untuk memuliakan Tuhan dalam segala perkara (1 Korintus 10:31).
Berjalan sesuai dengan panggilan anda dalam Kristus dan menjalinkan hubungan intim dengan Tuhan melalui Firman-Nya (2 Timotius 3:16-17), memberikan penumpuan untuk taat dalam segala perkara merupakan persiapan terbaik anda untuk berkahwin. Tidak ada jalan mudah untuk belajar mentaati Tuhan. Setiap hari kita perlu memutuskan untuk mengenepikan pandangan-pandangan duniawi dan memilih untuk mengikuti Tuhan. Perjalanan hidup yang layak bagi Kristus adalah kehidupan yang diserahkan dengan rendah hati kepada satu-satunya Jalan, Kebenaran dan Kehidupan pada setiap hari dan waktu. Inilah persiapan yang diperlukan orang percaya untuk menerima pemberian yang terbesar, yang disebut perkahwinan.
Soalan: Adakah terdapat sesuatu yang disebut sebagai pasangan jiwa? Adakah Tuhan mempunyai seorang peribadi tertentu untuk anda kahwini?
Jawapan:
Pengertian umum tentang ?pasangan jiwa? adalah setiap orang akan mempunyai seorang peribadi yang ?sempurna kesesuaiannya,? dan sekiranya anda berkahwin dengan orang lain selain orang ini, maka anda tidak akan bahagia. Adakah konsep ini Alkitabiah? Tidak. Konsep ini seringkali digunakan sebagai alasan untuk bercerai. Orang-orang yang tidak bahagia dalam perkahwinan mereka berkata mereka tidak berkahwin dengan pasangan jiwa mereka maka dengan itu harus mencari pasangan hidup mereka yang tepat. Ini tidak lebih daripada sekadar alasan. Satu alasan yang tidak Alkitabiah. Sekiranya anda sudah berkahwin maka orang yang anda telah kahwini merupakan pasangan jiwa anda. Markus 10:7-9 berkata, ?Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.? Sepasang suami isteri ?telah disatukan,? ?satu daging,? ?bukan lagi dua, tetapi satu,? dan ?telah dipersatukan.? Itulah pasangan jiwa.
Sesebuah perkahwinan mungkin tidak bersatu dan bersukacita sebagaimana yang diharapkan sepasang suami isteri. Seorang suami dan isteri mungkin tidak mempunyai kesatuan fizikal, emosi dan rohani yang mereka inginkan. Namun suami dan isteri ini merupakan pasangan jiwa. Pasangan dalam keadaan ini perlu berusaha dalam membentuk satu keintiman ?pasangan hidup? yang sebenar. Dengan mentaati apa yang diajarkan Alkitab tentang perkahwinan (Efesus 5:22-33), pasangan suami isteri dapat membentuk keintiman, kasih, dan komitmen yang dimaksdukan dengan pasangan jiwa ?satu daging?. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda berkahwin kepada pasangan jiwa anda. Tanpa mengira ketidakharmonian sesebuah perkahwinan, Tuhan dapat membawa kesembuhan, pengampunan, pemulihan, keharmonian dan cinta kasih perkahwinan yang sesungguhnya.
Adakah mungkin kita berkahwin dengan orang yang silap? Sekiranya kita memberikan diri kita kepada Tuhan dan mencari pimpinan-Nya, Dia berjanji akan memimpin kita: ?Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.? ( Amsal 3:5-6). Amsal 3:5-6 memberikan implikasi sekiranya kita tidak mempercayai Tuhan dengan segenap hati melainkan berharap kepada pengertian kita sendiri maka kita akan melangkah ke arah yang salah. Ya, sewaktu tidak taat dan kurangnya persekutuan dengan Tuhan, anda mungkin akan berkahwin dengan seseorang yang bukan kesukaan-Nya untuk anda. Namun dalam keadaan yang sedemikian, Tuhan masih berdaulat dan berkuasa.
Walaupun sesebuah perkahwinan bukan berada dalam kesukaan Tuhan, ia masih dalam kehendak kedaulatan dan rancangan-Nya. Tuhan membenci perceraian (Maleakhi 2:16) dan ?berkahwin dengan orang yang salah? tidak pernah dijadikan landasan untuk bercerai dalam Alkitab. Kenyataan yang berkata ?Saya telah berkahwin dengan orang yang salah dan tidak akan bahagia sebelum saya bertemu pasangan jiwa saya yang tepat? adalah tidak Alkitabiah dalam dua segi. Pertama, tuntutan itu berkata pilihan anda yang salah telah mengalahkan kehendak Allah dan merosakkan rancangan-Nya. Kedua ianya berkata Tuhan tidak mampu membahagiakan, menyatukan dan memberikan kejayaan kepada satu keluarga yang bergumul. Tidak ada yang kita lakukan dapat merosakkan kedaulatan kehendak Allah. Tuhan dapat mengambil dua orang yang sangat tidak berpadanan dan membentuk mereka menjadi dua orang yang sempurna untuk satu sama lain.
Sekiranya kita mempertahankan perhubungan yang dekat dengan Tuhan Dia akan memimpin dan membimbing kita. Sekiranya seseorang berjalan bersama Tuhan dan sungguh-sungguh mahu melakukan kehendak-Nya maka Tuhan akan memimpin orang itu kepada pasang hidupnya. Tuhan akan memimpin kita kepada ?pasangan jiwa? kita sekiranya kita berserah diri kepada Dia dan mengikuti-Nya. Bagaimanapun, menjadi pasangan jiwa merupakan satu kedudukan dan amalan. Seorang suami dan isteri merupakan pasangan jiwa dalam hal mereka adalah ?satu daging?, secara rohani, jasmani dan disatukan secara emosi. Dalam amalan, terdapat proses untuk mengerjakan makna pasangan suami isteri dan pasangan jiwa sehingga ianya menjadi satu realti harian. Pasangan jiwa yang benar-benar bersatu hanya dapat dimungkinkan dengan mengerjakan corak perkahwinan Alkitabiah.