40
Doa Kesyukuran
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar,
lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.
Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,
dari paya yang berlumpur.
Dia meletakkan aku di atas batu
sehingga langkahku kukuh.
Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,
lagu pujian untuk Allah kita.
Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut
lalu percaya kepada TUHAN.
Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,
orang yang tidak menyembah berhala
atau mengikut mereka yang menyembah dewa.
Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,
ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!
Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,
tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.
Engkau tidak mahu korban dan persembahan;
Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu,y dan korban untuk menghapuskan dosa.
Tetapi Engkau telah memberi aku telinga
yang dapat mendengar firman-Mu.
Oleh itu aku menyahut, “Inilah aku;
arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.z
Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku!
Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.” +
10 Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baik
bahawa Engkau telah menyelamatkan kami.
Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya.
Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.
11 Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;
aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.
Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri
tentang kesetiaan dan kasih-Mu.
12 Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku;
peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.
Doa Minta Tolong
(Mzm 70)
13 Aku dikelilingi banyak kesusahan,
jumlahnya tidak terkira.
Dosa-dosaku telah mengejar aku,
sehingga aku tidak dapat melihat.
Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku,
dan aku kehilangan semangat.
14 Ya TUHAN, selamatkanlah aku!
Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!
15 Biarlah mereka yang cuba membunuh aku
dikalahkan dan dibingungkan.
Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku,
dipukul mundur dan dipermalukan.
16 Biarlah mereka yang mengejek aku
terkejut dan malu kerana dikalahkan.
17 Semoga semua orang yang datang kepada-Mu
bergembira dan bersukacita!
Semoga mereka yang bersyukur bagi penyelamatan-Mu
sentiasa berkata, “Sungguh agungnya TUHAN!”
18 Aku lemah dan tidak berdaya;
tetapi Engkau, ya Tuhan, mengingati aku.
Engkaulah penolong dan penyelamatku;
cepatlah datang menolong aku, ya Allahku!
y 40:7 korban untuk menyenangkan hati-Mu; Harfiah: korban bakar. (Lihat Kamus.) z 40:8 arahan-Mu...Taurat; atau pengabdianku kepada-Mu tercatat di dalam kitab-Mu. + 40:9 Ibr 10.5-7