SAYIDINA ISA AL-MASIH : NABI KEPADA BANGSA ISRAIL SAHAJA??

Segelintir umat Islam menyalah-sangka bahawa Sayidina Rabboni Isa al-Masih a.s. telah datang kononnya, hanya "untuk bangsa Israil sahaja dan bukan untuk semua bangsa" seperti yang dipercayai oleh orang-orang Kristian. Andaian ini pada asasnya cuba menarik orang-orang Kristian supaya menjadi pengikut-pengikut Muhammad, memandangkan dakwaan mereka kononnya hanya Muhammad seorang sahaja "nabi untuk semua bangsa" dan manusia pada segala zaman. Untuk menyokong dakwaan mereka, orang-orang Muslim ini dengan cepat memetik ayat-ayat daripada Kitab Suci Injil, seperti berikut:

Kedua belas murid itu diutus oleh Isa dan Ia berpesan kepada mereka: "Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."

Injil Matius 10:5,6

Jawab Isa: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."

Injil Matius 15:24

Pertama sekali, adalah penting untuk mengetahui bahawa Sayidina Isa lahir daripada garis keturunan sayidina -sayidina Ibrahim, Ishak dan Yakub. Justru itu, Baginda sendiri merupakan perkabulan segala janji-janji Allah yang telah dimeterai dengan hamba-Nya Ibrahim sejak berabad- abad yang lalu. Oleh sebab baginda patuh serta bertunduk kepada kehendak Allah, janji Allah kepada Ibrahim merupakan lipat dua kali ganda. Pertama, Allah berjanji untuk memberkati waris keturunannya yakni Ishak, Yakub (Israel), dan juga anak-anak (keturunan) Israel. Kedua, Allah berjanji bahawa daripada garis keturunan Ibrahim, Ishak dan Yakub inilah, akan bangkit satu berkat dan anugerah untuk segala bangsa-bangsa yakni untuk seluruh dunia (Lihat Kitab Taurat - Kejadian 17:4-5 - Janji Allah kepada Sayidina Ibrahim,dan Kitab Suci Injil - Kisah Para Rasul 3:25,26 dan Galatia 3:8,14).

Dalam perjanjian dengan Ibrahim itu, kedua-dua keturunan yakni keturunan Israel dan keturunan orang asing ('Gentiles' -non-Yahudi) akan sama-sama diberkati. Ini disahkan apabila Sayidina Isa telah dilahirkan selepas beberapa abad kemudian. Ketika seorang bayi, Isa al-Masih telah dibawa masuk ke bait Allah untuk diserahkan serta ditahbiskan kepada Tuhan oleh seorang lelaki tua yang salih telah digerakkan oleh Roh Allah semasa sedang berdoa. Dia menyambut bayi itu dan menatang-Nya sambil mengisytiharkan kata-kata yang berikut dalam doa kesyukurannya kepada Allah ta'ala :

Sebab mataku telah melihat keselamatan yang datang dari pada-Mu, yang telah Engkau sediakan di hadapan segala bangsa, iaitu terang yang menjadi penyataan bagi bangsa-bangsa lain dan (juga) menjadi kemuliaan bagi umat-Mu Israel.

Injil Lukas 2:30-32

Dari ayat di atas, dapat kita fahami pelayanan Isa merupakan ganda dua. Pertama, disebabkan Dia dilahirkan daripada bangsa Israel, misi pertamanya adalah untuk menyatakan Tuhan serta diri-Nya kepada bangsa Israel. Mereka merupakan bangsa pilihan Tuhan � keturunan Ibrahim, Ishak dan Yakub. Malah Al-Quran sendiri bersaksi tentang keistimewaan ini.

Dan ingatkanlah (peristiwa berkenaan dengan) hamba Kami: Nabi Ibrahim, Nabi Ishaq serta Nabi Ya�qub yang mempunyai Kekuasaan dan Pandangan Yang Mendalam. Sesungguhnya Kami telah pilih mereka khusus untuk (tujuan) yang khas � menyatakan Ajaran berkenaan dengan dunia Akhirat.

Q.Surah 38:45,46

Wahai bani Israel! Kenangkanlah ni�mat-ni�mat-Ku yang telah Kukurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas orang-orang lain. (untuk menerima Risalah-Ku).

Q.Surah 2:47

Malangnya, ketika masa terus berlalu, anak-anak Israel telah menjadi kurang peka dan bersikap tidak acuh tentang hal-hal tanggung-jawab mereka terhadap Tuhan. Oleh itu, menjadi keharusan bagi Isa al-Masih untuk melayani dan bekerja di antara mereka secara peribadi dengan membawa tanda-tanda, keajaiban dan mukjizat supaya dapat meyakinkan mereka bahawa bagindalah satu-satunya Al-Masih yang telah lama ditunggu-tunggu dan dijanjikan oleh Allah itu, seorang yang telah dipilih, ditahbiskan, diurapi dan diberkati yang mana telah diutus oleh Allah untuk menganugerahi dan menebus kesejahteraan umat Allah yang terpilih.

Oleh sebab itu, semasa pelayanan peribadi-Nya, Sayidina Isa hanya seolah-olah memerintahkan murid-murid-Nya supaya pergi kepada bangsa Israel sahaja. Mereka inilah yang harus mendengar risalah baginda itu terlebih dahulu. Ini merupakan keistimewaan bagi mereka kerana mereka adalah bangsa pilihan Allah � yang dijadnjikan untuk diberkati Allah secara istimewa. Lagi pun sayidina rabboni Isa itu juga berasal daripada bangsa Israel. Berikutan dengan kewafatan dan kebangkitan Isa, seorang daripada muridnya menyatakan bangsa Israel sebagai berikut:

Kamulah yang mewarisi nubuat-nubuat itu dan mendapat bahagian dalam perjanjian yang telah diadakan Allah dengan nenek moyang kita, ketika Dia berfirman kepada Ibrahim: Oleh keturunanmu semua bangsa di muka bumi akan diberkati. Dan bagi kamulah pertama-tama Allah membangkitkan Hamba-Nya dan mengutus-Nya kepada kamu, supaya Ia memberkati kamu dengan memimpin kamu masing-masing kembali dari segala kejahatanmu.

Kisah Para Rasul 3:25,26

Adalah penting untuk disedari bahawa bahagian kedua misi Isa al-Masih a.s. adalah yang paling mustahak sekali. Misi tersebut adalah untuk memberikan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi dosa-dosa seluruh umat manusia (1 Timotius 2:4-6) Serta menurut kata-kata baginda sendiri dalam Injil Injil Matius 20 ayat 28 yang berbunyi :

"Seperti Anak Manusia (yakni Isa al-Masih a.s.) juga telah datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan (fidia, kiffarat) bagi banyak orang.."

Injil Matius 20:28

Inilah berkat anugerah Allah untuk seluruh umat manusia � satu berita dan khabar yang sungguh baik bahawa sayidina Isa a.s. sudah membayar upah dosa bagi seluruh umat manusia menerusi nyawa-Nya yang telah dikorbankan sewaktu penderitaan serta kewafatan Baginda di atas kayu Salib. Sesiapa yang menerima berkat penyelamatan dan penebusan ini akan mendapat kepastian untuk memperolehi hidup yang kekal abadi bersama sama dengan Tuhan Allah.

Kata-Nya kepada mereka: "Ada tertulis demikian: Mesias (al-Masih) harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga, dan lagi: dalam nama-Nya berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada SEGALA BANGSA, mulai dari Yerusalem (Baitul-muqaddis) .

Injil Lukas 24:46,47

Kitab Suci Injil amatlah jelas sekali bahawa penyelamatan dalam Isa al-Masih ini ada tersedia bagi semua orang, baik orang-orang Yahudi mahupun orang-orang bukan Yahudi. Ingatlah, semasa pelayanan peribadi Isa di dunia ini, Dia hanya memerintahkan murid-murid-Nya agar pergi kepada orang-orang Israel sahaja. Tetapi selepas bahagian kedua misi-Nya telah selesai (penebusan dosa di atas kayu salib), perhatikan apa yang Dia perintahkan kepada murid-murid-Nya ketika itu:

"�kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke hujung bumi."

Kisah Para Rasul 1:8

"Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-murid-Ku�"

Injil Matius 28:19

Isa sendiri mengesahkan keuniversalan misi-Nya apabila Dia mengisytiharkan kata-kata berikut:

"�Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup."

Injil Yahya 8:12

Sekali lagi Isa merujuk diri-Nya sebagai berkat istimewa atau rahmat kepada seluruh manusia. Al-Quran juga mempamerkan keuniversalan misi Isa. Allah bersabda:

"�dan (Kami kehendaki) untuk menjadikan anak (Isa) itu sebagai suatu Tanda kepada manusia (ayat-al linnasi), dan sebagai suatu Rahmat dari Kami."

Q.Surah 19:21

Perhatikan, Al-Quran tidak mengatakan, "suatu Tanda hanya kepada bani Israel sahaja" seperti yang dipercayai oleh segelintir orang-orang muslim. Sebaliknya, bahasa Arab menunjukkan "suatu Tanda kepada manusia!"

Kata-kata tersebut juga sesuai dengan sabda Isa al-Masih dari Injil Yahya fasal 10 ayat 14-16

"Akulah Gembala yang Baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal Aku, sama seperti Bapa-Ku mengenal Aku dan Aku mengenal Sang Bapa. Aku menyerahkan nyawa-ku bagi domba-domba-Ku.

Pada-Ku MASIH ADA DOMBA-DOMBA LAIN YANG BUKAN DARI KAWANAN INI. DOMBA-DOMBA ITU PUN HARUS KUBAWA DAN SUARA-KU AKAN MEREKA DENGAR. DOMBA-DOMBA ITU AKAN MENJADI SATU KAWANAN DENGAN SATU GEMBALA."

Injil Yahya 10: 14-16

Sangat jelaslah bahawa misi dan pelayanan Sayidina Isa al-Masih itu tidaklah hanya terbatas kepada Bani Israil sahaja, malah, sebagai Gembala Baik kepada domba-domba Allah itu, baginda mempunyai pengikut-pengikut dari 'kawanan-kawanan' di seluruh Dunia. Ini pula sesuai dengan sabda Baginda sendiri dan juga sejajar Amanat Agung-Nya yang memerintahkan supaya semua para hawariyun dan pengikut-pengikut baginda yang lain, untuk membawa risalah Injil :

"kepada SELURUH DUNIA, serta menjadikan SEMUA bangsa-bangsa murid-murid sayidina Isa al-Masih, sampai ke hujung Bumi."

Kitab Suci Injil, Matius 28:18-20.

Inilah juga kemakbulan janji agung Allah kepada Hamba-Nya sayidina Ibrahim a.s. seperti mana terkandung di dalam Kitab Suci Taurat, dan ini juga sesuai dengan gelar baginda sebagai 'satu Tanda (ayah-al-linnasi) kepada seluruh Manusia' (QS 19/21).

Amin, amin Alhamdulillah rabbil al-Amin!


Indeks Utama