Isa Dicubai
4 Isa penuh dengan Roh Suci, kembali dari daerah Jordan dan dipimpin oleh Roh ke padang gurun. 2 Selama empat puluh hari, Dia dicubai oleh Iblis. Sepanjang masa itu, Dia tidak makan apa-apa. Oleh itu, Dia berasa lapar.
3 Iblis berkata kepada-Nya, Jikalau Engkau Anak Allah, perintah batu ini supaya menjadi roti." 4 Isa menjawab, "Dalam Kitab Suci tertulis,
5 Iblis membawa Isa ke sesuatu tempat yang tinggi lalu dalam sekelip mata, Iblis memperlihatkan kepada Isa segala kerajaan di dunia. 6 Iblis berkata, "Aku akan memberikan segala kekuasaan ini dengan kemuliaannya kepada Engkau kerana semuanya itu telah diserahkan kepadaku dan aku memberikannya kepada sesiapa jua yang aku suka. 7 Jadi, jikalau Engkau sujud dan menyembah aku, keseluruhannya akan menjadi kepunyaan-Mu." 8 Tetapi Isa menjawab,
"Dalam Kitab Suci tertulis,
9 Kemudian, Iblis membawa Isa ke Baitulmuqaddis lalu menempatkan-Nya di atas suatu mercu Bait Suci dan berkata kepada-Nya, "Jikalau Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, 10 kerana dalam Kitab Suci ada tertulis,
12 Tetapi Isa menjawab, "Kitab Suci mengatakan,
13 Setelah Iblis menyelesaikan segala percubaannya, ia meninggalkan Isa untuk sementara waktu.
Isa memulakan kerja-Nya di Galilea
14 Isa kembali ke Galilea dan kuasa Roh menyertai-Nya. Perkhabaran tentang Dia tersebar ke seluruh daerah itu. 15 Dia mengajar di balai-balai sembahyang mereka dan semua orang memuji-muji-Nya.
Isa tidak diterima di Nasaret
16 Kemudian, Isa kembali ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabtu Dia pergi ke balai sembahyang seperti kebiasaan-Nya. Lalu Dia berdiri untuk membaca Kitab Suci. 17 Kitab Nabi Yesaya diberikan kepada Isa dan Dia membuka kitab itu untuk membaca ayat yang tertulis:
20 Isa menutup kitab itu dan memulangkannya kepada petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam balai sembahyang itu tertumpu kepada-Nya. 21 Isa mula berucap kepada mereka, "Pada hari ini juga ayat Kitab Suci ini telah ditepati ketika kamu mendengarnya." 22 Semua orang kagum akan kata-kata indah yang diucapkan-Nya. Mereka berkata, "Bukankah Dia anak Yusuf?" 23 Isa berkata kepada mereka, "Sudah tentunya kamu akan menyebut bidalan ini kepada-Ku, Tuan tabib, ubati dirimu. Kamu akan berkata juga, Kami telah mendengar perbuatan-Mu di Kapernaum; cuba buatlah sedemikian juga di sini, di kota-Mu sendiri." 24 Isa menambah, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, tiada seorang nabi pun yang diterima di kotanya sendiri. 25 Dengarlah, memang benar bahawa terdapat banyak balu di negeri Israel pada zaman Nabi Ilyas tatkala terjadi musim kemarau selama tiga tahun enam bulan yang menyebabkan bencana kebuluran di seluruh negeri itu. 26 Tetapi Nabi Ilyas tidak disuruh kepada seorang jua pun antara balu di Israel melainkan kepada seorang balu di bandar Sarafat di Sidon. 27 Tambahannya, banyak orang berpenyakit kusta ada di Israel pada zaman Nabi Ilisha tetapi tiada seorang pun antara mereka yang disembuhkan melainkan Naaman, orang Siria itu." 28 Semua orang di dalam balai sembahyang yang mendengar kata-kata ini naik berang. 29 Mereka bangun lalu mengusir Isa dari kota itu. Dia dibawa ke puncak gunung tempat kota itu dibina kerana mereka mahu menolak-Nya ke bawah. 30 Tetapi Isa berjalan di tengah-tengah mereka dan beredar dari situ.
Orang yang dirasuk oleh roh jahat
31 Kemudian Isa pergi ke sebuah kota bernama Kapernaum di jajahan Galilea dan di situlah Dia mengajar orang pada hari Sabtu. 32 Mereka kagum mendengar pengajaran-Nya kerana kata-kata-Nya yang berwibawa. 33 Di dalam balai sembahyang itu ada seorang yang dirasuk oleh roh jahat. Ia menjerit dengan nyaring, 34 "Ah, mengapakah Engkau mengganggu kami, Isa, orang Nasaret? Engkau datang untuk membinasakan kamikah? Aku mengetahui siapa Engkau ini: Engkaulah Utusan Suci daripada Allah." 35 Isa memerintah roh jahat itu, "Diam! Keluar daripada dia!" Roh jahat itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya. 36 Mereka semua kehairanan dan berkata sesama sendiri, "Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan kewibawaan dan kekuasaan Dia memerintah roh jahat itu dan mereka pun terus keluar." 37 Maka perkhabaran tentang Isa tersebar ke seluruh daerah itu.
Isa menyembuhkan beberapa orang
38 Isa keluar dari balai sembahyang itu lalu pergi ke rumah Simun. Ibu mertua Simun sedang demam panas dan mereka memberitahu Isa tentangnya. 39 Isa pergi berdiri di tepi katilnya dan mengusir demam itu. Ibu mertua Simun pulih dengan serta-merta lalu bangun melayani mereka.
40 Pada waktu senja semua orang yang menghidap berbagai-bagai penyakit dibawa kepada Isa. Dia meletakkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyembuhkan semua orang. 41 Roh-roh jahat juga keluar daripada banyak orang dan berteriak, "Engkaulah Anak Allah." Isa menengking roh-roh jahat itu dan Dia tidak mengizinkan mereka bercakap kerana mereka mengetahui Dialah Al Masih.
Isa berkhutbah di jajahan Judea
42 Pada waktu dinihari Isa meninggalkan kota itu dan pergi ke tempat yang sunyi. Orang ramai mula mencari Dia, dan apabila mereka menemui-Nya, mereka cuba menahan-Nya daripada meninggalkan mereka. 43 Tetapi Isa berkata kepada mereka, "Aku harus berkhutbah tentang perkhabaran yang baik tentang Kerajaan Allah di kota-kota lain juga. Itulah sebabnya Aku diutuskan." 44 Jadi, Dia berkhutbah di dalam balai-balai sembahyang di jajahan Judea.