123
Doa Minta Belas Kasihan
1 Lagu ziarah.
Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam;
aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.
2 Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya,
dan seorang hamba perempuan kepada puannya,
demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami,
sehingga Engkau mengasihani kami.
3 Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami,
kerana kami sudah terlalu banyak dihina.
4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya,
dan dikeji oleh penindas yang sombong.